RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 18 Mei 2026

Honda Gold Wing Tour 2026 Kini Dengan Warna Baharu - Gunmetal Black Metallic

Boon Siew Honda (BSH) secara rasminya memperkenalkan warna baharu untuk Honda Gold Wing Tour iaitu Gunmetal Black Mettallic. Kemasan warna baharu ini menyerlahkan lagi imej eksklusif dan premium motosikal flagship Honda tersebut.

Model ini dikuasakan enjin 1,833cc enam silinder mendatar (flat-six) SOHC 24-injap dengan sistem penyejukan cecair. Gold Wing Tour menawarkan kuasa 93kW pada 5,500rpm dan tork sekitar 170Nm pada 4,500rpm. Sistem transmisi 7-kelajuan dengan teknologi Dual Clutch Transmission (DCT) memberikan penukaran gear lebih pantas dan lembut. Dengan adanya teknlogi DCT, penunggang dapat menikmati pengalaman menunggang yang lebih santai dan selesa.

Honda Gold Wing Tour mengekalkan sistem beg udara terbina dalam Honda yang sebelum ini menerima pengiktirafan “Malaysian Innovator of the Year” menerusi anugerah Malaysia Motorcycle of the Year. Ciri keselamatan ini membuktikan komitmen Honda dalam menawarkan teknologi bertaraf dunia kepada pengguna.

Dari segi kelengkapan, motosikal touring mewah ini hadir dengan pelbagai teknologi moden seperti sokongan Wireless Apple CarPlay™ dan Android Auto™, sistem Bluetooth™ interkom yang dipertingkat, paparan TFT 7-inci, cruise control, Throttle-by-Wire (TBW) dan cermin penghadang angin boleh laras secara elektronik.

Turut melengkapkan model ini ialah sistem lampu LED penuh termasuk lampu kabus LED, Smart Key, dua soket USB Type-C, kotak simpanan belakang berkapasiti 61 liter serta tempat duduk premium berasaskan suede dan kulit sintetik yang direka untuk keselesaan penunggang dan pembonceng sepanjang perjalanan.

Honda Gold Wing Tour warna baharu ini ditawarkan pada harga asas RM217,388 (tanpa cukai jalan, insurans dan pendaftaran). Boon Siew Honda turut menyediakan jaminan pengilang selama dua tahun atau 20,000km (yang mana tiba dahulu). RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.