RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 2 Februari 2016

Motorsport Asia Kini Pengedar Eksklusif Topi Keledar KYT & SUOMY

Tahniah diucapkan kepada Motorparts Asia Sdn Bhd yang kini secara rasminya telah dipilih menjadi pengedar eksklusif topi keledar ternama iaitu Suomy dan KYT. Majlis penuh bersejarah ini telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan Motorsports Asia Sdn Bhd, En. Lee Jun Hao, CEO KYT Helmets, En. Henry Tedjakusuma dan Pengurus Pemasaran Suomy, En. Fulvio Crivelli. Kehadiran dua pelumba MotoGP tersohor dunia iaitu Andrea Dovizioso dan Aleix Espargaro ternyata menambah keceriaan dan kemeriahan.

Suomy merupakan jenama topi keledar yang diasaskan pada tahun 1997 dan merupakan antara jenama yang mendapat kepercayaan tinggi oleh para penunggang motosikal di seluruh dunia. Pengiktirafan tertinggi sudah pasti apabila jenama ini digunakan oleh para pelumba motosikal seperti Troy Bayliss (MotoGP & WSBK), Max Biaggi (MotoGP & WSBK), Alex Barros (MotoGP), Loris Capirossi (MotoGP), James Toseland (MotoGP), Alvaro Bautista (MotoGP), Niccolo Canepa (MotoGP), Neil Hodgson (AMA), Andrea Dovizioso (MotoGP) dan Alex Rins (Moto2).

Projek untuk melahirkan topi keledar KYT bermula pada tahun 1998 yang merupakan inspirasi pengasas PT Tara Group, En. Eddy Tedjakusuma. Syarikat ini juga merupakan antara pengeluar topi keledar terbesar di Indonesia. Pada tahun 2014, KYT telah berkolaborasi bersama Suomy untuk tujuan komersial, teknologi dan teknikal dalam pembikinan topi keledar. Dengan kerjasama ini, Suomy Motorsports S.r.L merupakan pengedar rasmi topi keledar KYT di Itali.

KYT turut digunakan oleh para pelumba MotoGP seperti Aleix Espargaro dan Xavier Simone beraksi dalam Moto2. Pasukan Yamaha Motul YY Pang yang dibarisi oleh Md Azhar, Md Adib, Tengku Amirul dan Izzat turut menggunakan jenama ini sejak tiga tahun yang lalu. “Tahun demi tahun, kualiti dan keselesaan topi keledar KYT ternyata semakin meningkat dan sebagai pelumba, ia amat penting,” kata Md Azhar.

Aleix Espargaro.
Aleix Espargaro.

“Dalam perlumbaan, sebuah topi keledar itu perlu mempunyai keselesaan dan rekabentuk aerodinamik. Saya mahukan topi keledar yang dipakai ini mampu mempertahankan nyawa saya jika berlakunya kemalangan,” komen Andrea Dovizioso, duta topi keledar Suomy.

Produk-produk Suomy dan KYT bakal dipasarkan di wakil-wakil pengedar di Malaysia dan Singapura pada awal bulan Mac ini. RR

Isu Pada

Mac 2016

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.