RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 13 Jun 2026

Yamaha 135LC Sambut Ulang Tahun Ke-20 Dengan Empat Pilihan Warna Baharu

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) meraikan ulang tahun ke-20 Yamaha 135LC di Malaysia dengan memperkenalkan empat pilihan warna baharu sebagai penghargaan kepada model popular itu yang telah diperkenalkan sejak tahun 2006.

Varian Edisi Terhad.
Varian Edisi Terhad.

Sepanjang 20 tahun berada di pasaran Malaysia, Yamaha 135LC telah melalui pelbagai evolusi dan penambahbaikan bagi memenuhi keperluan penunggang yang sentiasa berubah. Bermula dengan sistem bahan api karburetor ketika pelancarannya pada tahun 2006, model ini kemudiannya menerima teknologi suntikan bahan api (fuel injection), selain pelbagai peningkatan dari segi reka bentuk, prestasi, kecekapan dan ciri-ciri moden.

Populariti Yamaha 135LC tidak pernah pudar kerana gabungan prestasi enjin yang responsif, pengendalian lincah, kos penyelenggaraan yang berpatutan serta tahap kebolehpercayaan yang terbukti sepanjang zaman. Faktor-faktor inilah yang menjadikan 135LC sebagai pilihan utama pelbagai golongan termasuklah pelajar.

Bagi menandakan lembaran baharu dalam perjalanan model legenda ini, Yamaha 135LC kini hadir dengan empat pilihan warna baharu seperti Celeste 20th Anniversary Limited Edition, Matador Red, Tank White dan Samba Green.

Matador Red.
Matador Red.

Celeste 20th Anniversari Limited Edition merupakan warna edisi terhad yang hanya ditawarkan sebanyak 5,000 unit sahaja di pasaran negara. Varian ini turut didatangkan dengan bakul Ulang Tahun ke-20 yang eksklusif bersama nombor siri khas sebagai tanda pengeluaran terhad.

Tank White.
Tank White.

Keempat-empat warna baharu Yamaha 135LC akan beradar di semua pengedar sah Yamaha seluruh negara bermula 9hb Jun 2026.

Celeste 20th Anniversary Limited Edition ditawarkan pada harga jualan disyorkan RM8,798, manakala Matador Red, Tank White dan Samba Green ditawarkan pada harga jualan disyorkan RM8,298. Kesemua harga yang dinyatakan tanpa insurans dan pendaftaran.

Samba Green.
Samba Green.

Setiap pembelian Yamaha 135LC turut didatangkan dengan kunci cakera Yamaha percuma bernilai RM100, sekali gus memberikan ketenangan minda tambahan kepada penunggang dalam setiap perjalanan. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.

Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.