RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 Jun 2026

Mforce Moto Xperience 2026 - Himpunkan Lebih 100 Motosikal

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. sekali lagi mencuri perhatian peminat dua roda menerusi penganjuran Mforce MotoXperience 2026 yang berlangsung bersempena Malaysia Bike Show 2026 di MAEPS, Serdang dari 29 Mei hingga 1 Jun lalu.

Bertempat di Dewan A, acara tersebut menghimpunkan lebih 100 buah motosikal daripada 23 jenama di bawah naungan Mforce termasuk BENELLI, KEEWAY, BENDA, MORBIDELLI, QJMOTOR, SYM, WMOTO, EZI, VOGE, BRIXTON MOTORCYCLES, MOTO MORINI, ZXMOTO, CFMOTO, ZEEHO, ARIIC, YADEA, CYCLONE, KAMAX, X-WEDGE, LETBE, SWM, MFORCE TACTICAL, VICTORIA dan MONDIAL. Selain pameran motosikal, pengunjung turut berpeluang melihat pelbagai aksesori penunggang daripada LS2 dan YHPRO serta pelincir MForce Oil yang dibangunkan bersama PETRONAS.

Antara tarikan utama acara ialah pelancaran serentak 15 model baharu untuk pasaran Malaysia yang merangkumi pelbagai segmen seperti skuter, cruiser, adventure dan sportbike. Model yang diperkenalkan terdiri daripada Morbidelli ViZY 125, Morbidelli SC200SR, Morbidelli C252V, Ariic Touch 250, Ariic Gobi 250, CFMOTO 1000MT-X, CFMOTO750SR-S, VOGE DS625X, VOGE DS800X Rally, Cyclone RT2S, Cyclone RT5, WMOTO Griffin 205, SYM Husky 200, Brixton 625V dan Brixton Moucca 250.

Acara ini turut menyaksikan kemunculan jenama ZXMOTO yang mencipta kejayaan di pentas antarabangsa menerusi dua kemenangan dalam kelas WorldSSP pada pusingan Portugal Kejuaraan Dunia Superbike (WSBK). Pada masa yang sama turut memperkenalkan tiga model baharu iaitu 500F, 500RR dan 820RR.

Sepanjang empat hari penganjuran, pengunjung disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik termasuk sesi pandu uji motosikal, jualan merchandise eksklusif, permainan interaktif serta peluang membuat tempahan motosikal secara terus di lokasi acara. Suasana turut dimeriahkan dengan persembahan khas Rev & Rhythm: Black Hanifah serta sesi Meet & Greet bersama VOGE AS25 Racing Team.

Lebih menarik, Mforce menawarkan cabutan bertuah dengan jumlah hadiah keseluruhan mencecah RM300,000, termasuk motosikal daripada jenama di bawah naungannya dan pelbagai kelengkapan penunggang. Dengan pelbagai aktiviti dan pelancaran model baharu yang berlangsung, Mforce MotoXperience 2026 berjaya menjadi antara tarikan utama Malaysia Bike Show 2026 serta mengukuhkan lagi kedudukan Mforce sebagai salah satu pengedar motosikal terbesar di Malaysia. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.