RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 23 Jun 2026

Mforce Smartshop Pertama Perak Dirasmikan

Sekalung tahniah buat Sin Lean Huat Trading Sdn Bhd yang kini dengan rasminya merupakan cawangan pengedar rasmi Mforce Smartshop yang pertama di negeri Perak. Bertempat di Kamunting Perak, Mforce Smartshop baru ini menawarkan pelbagai perkhidmatan istimewa buat para pelanggan seperti penjualan & penyelenggaraan motosikal, penukaran/pembelian alat ganti, minyak pelincir, aksesori dan semestinya pakaian keselamatan.

Hadirnya menyerikan majlis perasmian pada hari itu ialah COO Mforce BIke Holdings Sdn Bhd, En. Asri Ahmad yang menyatakan penambahan Mforce Smartshop di setiap negeri adalah sebahagian daripada perancangan pihak syarikat untuk memberikan perkhidmatan terbaik buat para peminat dunia dua roda di seluruh negara. Belliau turut menambah, dengan perasmian satu lagi Mforce Smartshop, ia diharap dapat mengukuhkan kedudukan mereka di Malaysia.

Di majlis yang sama, pihak Mforce turut mengambil peluang untuk menampikan SYM Husky 200 yang sebelum ini telah pun dilancarkan di acara KL Bikw Show 2026. Skuter ini disempurnakan dengan enjin silinder tunggal 175cc, sejukan cecair yang menghasilkan kuasa sekitar 16.1hp pada 8,000rpm dan tork 15.6Nm pada 7,000rpm.

Dengan spesifikasi enjin yang mantap dan posisi menunggang cukup selesa, SYM Husky sememangnya pilihan sesuai untuk kegunaan harian, perjalanan jarak sederhana mahupun tunggangan hujung minggu.  Model ini tersedia dengan tiga pilihan warna dan ditawarkan pada harga RM10,998.

Antara ciri-ciri menarik SYM Husky 200:

  • Panel meter TFT 5-inci
  • Sistem ABS + Traction Control
  • Soket pengecas USB
  • Tangki bahan api: 15 liter
  • Tayar Hadapan: 10/70-113
  • Tayar belakang: 130/70-13
  • Berat: 152kg
  • Tinggi pelana: 810mm

Kembali dengan majlis pelancaran Mforce Smartshop. Pada hari cukup bersejarah itu, pihak Mforce turut menganjurakan sesi Tunggang Uji untuk beberapa model terpilih dan semestinya skuter maksi paling 'HOT!' iaitu VOGE SR450X menjadi pilihan ramai. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.