RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 2 Julai 2026

Ibu Pejabat Jualan Boon Siew Honda Kini di Kota Damansara

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) hari ini secara rasmi mengumumkan pembukaan Ibu Pejabat Jualan barunya di Kota Damansara. Ibu pejabat tiga tingkat ini dibina khas dengan keluasan 7,000 kaki persegi dan ia merupakan buat julung kalinya BSH menubuhkan sebuah pusat operasi komersial khusus di ibu negara.

Ibu Pejabat Jualan ini menempatkan pasukan Perancangan Jualan BSH yang meliputi segmen motosikal berkuasa tinggi (big bike) dan motosikal komuter, selain bahagian Pemasaran serta Alat Ganti & Perkhidmatan Selepas Jualan.

Ruang bangunan baru ini turut menyediakan dua bilik latihan serta sebuah pusat teknikal lengkap yang dikhaskan untuk melatih para pengedar dalam kemahiran teknikal dan bukan teknikal. Penyatuan ketiga-tiga fungsi di bawah satu alamat merupakan satu pencapaian baru bagi BSH yang secara langsung menangani cabaran penyelarasan penjualan, komunikasi dan perkhidmatan selepas jualan yang sebelum ini beroperasi dari lokasi berbeza.

Ibu pejabat BSH ini turut menyediakan ruang kerja khusus, bilik mesyuarat serta ruang kolaborasi buat pasukan yang mengendalikan pelbagai aspek operasi harian, daripada perancangan kempen dan pengurusan media kepada pembangunan pengedar serta sokongan lepasan jualan.

"Pemilihan untuk beroperasi di ibu pejabat baru ini adalah keputusan untuk menempatkan bahagian Jualan, Pemasaran dan Perkhidmatan Lepasan Jualan kami di satu lokasi, bekerja dari satu alamat. Bagi sebuah syarikat yang beribu pejabat di Pulau Pinang, pembukaan pusat operasi komersial baru di Kuala Lumpur membuktikan kesungguhan kami terhadap kemahuan para pemilik Honda", Kunitomo Asano, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif, BSH.

Lokasi di Kota Damansara juga meletakkan pasukan BSH lebih hampir dengan ekosistem rakan perniagaan dan industri yang tertumpu di sekitar Kuala Lumpur. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.