RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 19 Julai 2026

WMOTO Griffin 205 Sudah Berada di Pusat Pengedar Mforce Smartshop

Selepas diperkenalkan secara umum di Malaysia Bike Show 2026, WMOTO Griffin 205 kini mula memasuki rangkaian pusat pengedar sah Mforce di seluruh negara. Sempena pembukaan rasmi Mforce Smartshop kedua di negeri Perak, skuter baharu ini turut menjadi antara tarikan utama yang dipamerkan kepada para pengunjung yang hadir.

WMOTO Griffin 205 merupakan sebuah skuter berkapasiti 198cc yang menawarkan gabungan prestasi, teknologi moden serta harga yang kompetitif. Model ini ditawarkan pada harga asas bermula RM8,888 yang disasarkan buat penunggang harian yang mahukan sebuah skuter praktikal untuk kegunaan di bandar dan perjalanan jarak dekat mahupun jauh.

Skuter ini dijana enjin silinder tunggal 198cc, 4-lejang dan sistem penyejuk cecair. Griffin 205 mampu menghasilkan kuasa 19.4hp pada 8,250 rpm dan tork maksimum 17.5Nm pada 6,500rpm. Enjin yang menggunakan sistem suntikan bahan api elektronik (EFI) ini dipadankan dengan transmisi automatik CVT bagi memastikan tunggangan lebih lancar dan mudah dikendalikan.

WMOTO Griffin 205 turut dilengkapi sistem ABS dua saluran serta Traction Control (TCS) yang membantu meningkatkan cengkaman tayar terutama ketika menunggang di atas permukaan jalan yang licin. Gabungan ciri ini menjadikannya antara model yang menawarkan pakej keselamatan lengkap dalam segmen skuter mampu milik.

Bagi kemudahan penunggang, model ini turut hadir dengan beberapa ciri moden seperti sistem kunci pintat, panel meter TFT digital yang boleh disambung dengan telefon pintar dan kamera dashcam hadapan terbina dalam yang semakin menjadi keperluan penting dalam kalangan pengguna jalan raya. Selain itu, ruang simpanan hadapan turut dilengkapi soket USB Type-A dan Type-C.

Reka bentuk skuter ini turut dipertingkatkan dengan elemen aerodinamik iaitu winglet yang memberikan penampilan lebih sporty dan agresif. Dari segi dimensi, Griffin 205 mempunyai panjang 1,970mm, lebar 700mm dan tinggi 1,350mm. Untuk jarak roda pula 1,350mm manakala tinggi pelana sekitar 790mm dan berat 126kg.

Kelengkapan lain  seperti tangki bahan api 11 litrr, tayar hadapan bersaiz 100/80-14, tayar belakang 120/70-14, brek-brek cakera, fork hadapan jenis teleskopik, penyerap hentak belakang berkembar dengan subtank dan ruang simpanan bawah pelana.

WMOTO Griffin 205 ditawarkan dalam empat pilihan warna iaitu Action Blue, Nitro Red, Xtreme White dan Glacier Grey. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.