RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 14 Ogos 2026

KARNIVAL GENBLU YAMAHA 2026

Lautan biru sekali lagi memenuhi ruang Karnival GenBlu Yamaha 2026 apabila lebih 16,000 peminat Yamaha hadir memeriahkan pengajuran acara tersebut pada edisi ketujuh. Bertemakan “The Journey with Yamaha”, karnival ini bukan sekadar menghimpunkan pemilik dan peminat motosikal Yamaha tetapi menjadi tempat untuk meraikan setiap perjalanan, pengalaman serta kisah yang tercipta bersama jenama berkenaan.

Pengenjuran Karnival GenBlu Yamaha kali ini menyaksikan HLYM turut memperkenalkan empat model baharu untuk pasaran negara iaitu Yamaha Y16ZR-R, Y16ZR-R Edisi Terhad, XSR155 dan XMAX 300 Tech Max.

Selain memperkenalkan model baharu, HLYM turut melancarkan Yamaha Collector’s Club (YCC) yang merupakan salah satu inisiatif bagi mengiktiraf motosikal Yamaha yang mempunyai nilai warisan, koleksi dankeunikan tersendiri. YCC merangkumi empat kategori iaitu Classic, Limited Edition, Custom dan Convoy. Turut memeriahkan suasana acara iaitu kumpula DOLLA yang hadir mempersembahkan nyanyian mereka di hadapan para pengunjung.

Menerusi kategori Classic dan Limited Edition, motosikal yang memenuhi kriteria akan menerima pengiktirafan rasmi sebagai tanda keaslian supayaberpotensi meningkatkan nilai koleksi dan jualan semula. Pemilik yang menerima pengiktirafan tersebut turut menikmati manfaat perlindungan insurans yang dipertingkatkan menerusi rakan insurans HLYM iaitu Berjaya Sompo Insurance. Dalam masa sama, kategori Custom pula memberi ruang kepada pemilik untuk mengetengahkan kreativiti melalui pengubahsuaian motosikal, manakala kategori Convoy meraikan kumpulan-kumpulan konvoi Yamaha yang aktif menyemarakkan semangat setiakawan dan budaya menunggang bersama.

Semangat kecemerlangan turut menjadi sebahagian daripada pengisian GenBlu Yamaha 2026 menerusi “Spirit of Challenge: Road to Asian Games 2026”. Program berkenaan memberi penghargaan kepada atlet negara selain menyampaikan mesej kepada generasi muda supaya berani mengejar impian dengan semangat, ketabahan dan keyakinan. Antara yang diraikan ialah Pasukan Ragbi 7 Sebelah Kebangsaan Bunga Raya Lelaki dan Wanita, Mohd Syahir Mohd Rosdi yang diiktiraf sebagai World’s Best Tekong oleh International Sepak Takraw Federation (ISTAF) dan pemain kebangsaan daripada Mobile Legends: Bang Bang Professional League (MPL) Malaysia.

Turut hadir Mr. Takashi Yamaya, President of Shizuoka BlueRevs, kelab ragbi profesional Yamaha Motor di Jepun untuk mengukuhkan lagi hubungan kesukanan antara Malaysia dan Jepun. Lebih membanggakan, komuniti Yamaha berjaya mencipta dua pengiktirafan Malaysia Book of Records menerusi kategori ‘Tendangan Tekong Tertinggi’ dan ‘Penyertaan Teramai Mencabar Tekong dalam Satu Acara’.

Memasuki tahun ketujuh, Karnival GenBlu Yamaha terus berkembang sebagai sebuah platform yang menyatukan komuniti melalui minat, persahabatan dan pengalaman yang dikongsi bersama. Dari segi aspek keselamatan penunggang juga turut diberikan perhatian apabila Jawatankuasa Penganjur memulakan Cabutan Hadiah Utama lebih awal bagi memberi masa mencukupi kepada peserta untuk memulakan perjalanan pulang sebelum hari gelap. Tahniah kepada para pemenang cabutan hadiah motosikal yang masing-masing menerima hadiah Yamaha 135LC Fi, PG-1, Y16ZR-R, NVX SP dan XMAX 300. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Model Baru

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Didi Group, pengimport dan pengedar tunggal Aprilia di Malaysia, memperkenalkan model istimewa Aprilia RS 457 GP Replica sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang pada 30 Oktober lalu. Lebih istimewa, majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelumba Aprilia Racing MotoGP, Marco Bezzecchi.

Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700