RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 18 Ogos 2026

Program Penggantian Muffler QJMOTOR AX200S Diteruskan

Susulan pelaksanaan program panggil semula bagi menggantikan komponen muffler AX200S yang bermula pada 17 Mac lalu, QJMOTOR Malaysia terus mengambil langkah proaktif bagi memastikan semua unit yang terlibat menjalani pemeriksaan dan penggantian komponen dengan sempurna.

Program panggil semula ini dilaksanakan selepas QJMOTOR mengenal pasti kemungkinan berlaku keretakan pada komponen muffler assembly bagi beberapa unit AX200S. Muffler baharu yang telah dipertingkatkan direka bagi menawarkan ketahanan serta prestasi yang lebih baik untuk penggunaan jangka panjang.

Sehubungan itu, QJMOTOR Malaysia menyeru semua pemilik AX200S yang masih belum mendaftar supaya berbuat demikian menerusi pautan rasmi program panggil semula: https://productrecall.mforceservice.my/

Pemilik yang terlibat juga boleh menghubungi atau mengunjungi pengedar sah QJMOTOR Malaysia tempat motosikal dibeli bagi mengatur jadual penggantian.

Keseluruhan proses penggantian muffler ini dilaksanakan secara percuma termasuklah kos alat ganti dan upah kerja.

QJMOTOR Malaysia turut merakamkan penghargaan atas kerjasama, kepercayaan dan sokongan berterusan daripada para pelanggan serta rangkaian pengedarnya. Pihaknya kekal komited dalam menyediakan motosikal berkualiti tinggi, di samping perkhidmatan selepas jualan yang diyakini. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Model Baru

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Didi Group, pengimport dan pengedar tunggal Aprilia di Malaysia, memperkenalkan model istimewa Aprilia RS 457 GP Replica sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang pada 30 Oktober lalu. Lebih istimewa, majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelumba Aprilia Racing MotoGP, Marco Bezzecchi.

Warta Roda

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. (Mforce), telah menganjurkan Majlis Penyerahan Motosikal bagi Program Proof of Concept (PoC) kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), di ibu pejabat Mforce yang beroperasi di Valdor, Pulau Pinang.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.