RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 24 Ogos 2026

Yamaha YZF-R9 Bakal Masuk Pasaran Negara Tidak Lama lagi?

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) dilihat semakin hampir membawa masuk Yamaha YZF-R9 ke dalam pasaran Malaysia selepas satu teaser menarik muncul menerusi video rasmi Karnival GenBlu Yamaha 2026 yang dipaparkan dalam laman facebook rasmi Yamaha Motor Malaysia.

Pada penghujung video berkenaan, paparan lampu hadapan sebuah motosikal tersebut jelas menampilkan reka bentuk agresif seakan-akan Yamaha R9. Lebih menarik, kemunculan teaser itu hadir ketika spekulasi mengenai kemasukan R9 ke Malaysia semakin hangat. HLYM bagaimanapun masih belum membuat pengumuman rasmi mengenai tarikh pelancaran model berkenaan.

Laporan terkini menyebut sumber daripada Yamaha Malaysia mengesahkan bahawa R9 akan dibawa masuk ke pasaran tempatan dan dijangka diperkenalkan pada suku keempat 2026. Model tersebut mungkin akan diperkenalkan sempena acara MotoGP Malaysia pada bulan November nanti memandangkan logo MotoGP turut dipaparkan dalam teaser tersebut.

Jika benar, Yamaha R9 bakal menjadi model supersport baharu Yamaha yang menggunakan enjin CP3 tiga silinder 890cc sama seperti dengan MT-09 dan Tracer 9. Model ini dipadankan dnegan enjin DOHC, empat lejang dengan sistem penyejuk cecair yang menghasilkan kuasa 117.4hp pada 10,000rpm dan tork 93Nm pada 7,000rpm.

R9 turut dibangunkan dengan casis berprestasi tinggi menerusi penggunaan kerangka aluminium Deltabox yang dipadankan dengan suspensi hadapan KYB jenis USD berdiameter 43mm boleh dilaras serta penyerap hentak belakang KYB dengan pelarasan. Sistem brek pula menggunakan cakera berkembar 320mm di hadapan bersama kaliper Brembo Stylema manakala bahagian belakang dilengkapi cakera tunggal dengan kaliper Brembo. Jentera ini mempunyai berat sekitar 195kg, ketinggian pelana 830mm dan kapasiti tangki bahan api 14 liter.

Dari segi sistem elektronik pula,  R9 hadir dengan pakej Yamaha Ride Control (YRC) yang dibantu IMU enam paksi. Antara sistem yang ditawarkan termasuk Traction Control (TCS), Slide Control System (SCS), Brake Control (BC), Lift Control (LIF), Back Slip Regulator (BSR), Engine Brake Management (EBM), Launch Control dan beberapa mod tunggangan yang boleh disesuaikan.

Turut menjadi kelengkapan standard ialah sistem quickshifter generasi ketiga manakala maklumat tunggangan dipaparkan menerusi skrin TFT warna 5-inci dengan fungsi sambungan telefon pintar. Untuk penggunaan di litar, R9 turut menyokong sistem Y-TRAC bagi merekod dan menganalisis data tunggangan.

Rekabentuk R9 masih mengekalkan identiti keluarga R-Series Yamaha dengan penampilan yang lebih agresif dan aerodinamik. Mennerusi video teaser yang dipaparkan, model ini turut dilengkapi winglet serta beberapa elemen reka bentuk yang diinspirasikan daripada jentera perlumbaan Yamaha.

Persoalannya kini bukan lagi sama ada R9 akan datang ke Malaysia, tetapi bila HLYM akan membuka tirai model tersebut secara rasmi dan berapa harga yang akan ditawarkan untuk pasaran negara. Jika pelancarannya benar-benar berlangsung sempena MotoGP Malaysia di Sepang, model tersebut pastinya menjadi antara tarikan utama Yamaha untuk peminat motosikal berprestasi tinggi. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.