RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 9 September 2026

Moped 150cc Klac Auto Bakal Tiba Tahun Depan di Malaysia?

Segmen kapcai 150cc di Malaysia dijangka menjadi lebih menarik tahun depan apabila Mforce Bike Holdings dilaporkan sedang membangunkan sebuah model baharu yang bakal menggunakan sistem klac auto.

Lebih menarik lagi, model berkenaan akan dipasarkan di bawah jenama LETBE susulan kerjasama Mforce dengan pengeluar motosikal dari China itu. Bayangan awal mengenai jentera tersebut dapat dilihat ketika lawatan para media tempatan ke Guangzhou, China baru-baru ini. Pihak media turut diberi peluang meninjau sebuah model prototaip yang masih dalam proses pembangunan.

Walaupun masih berada pada peringkat awal, pembangunan model ini dilaporkan sedang berjalan dan ia dijangka disiapkan untuk pasaran pada 2027. Konsep penggunaan klac auto pada motosikal bertransmisi manual pastinya menjadi antara tarikan utama kerana ia menawarkan pengalaman menunggang moped yang lebih mudah bagi jentera 150cc memandangkan untuk pasaran negara masih belum ada lagi mana-mana jenama yang menawarkan sistem auto klac dengan enjin kapasiti 150.

Dari segi kelengkapan, model 150cc ini dijangka hadir dengan spesifikasi yang agak menarik. Antaranya ialah sistem brek ABS dwi-saluran, panel meter TFT dan tangki bahan api sekitar 7 liter. Walaubagaimanapun, sistem Traction Control tidak termasuk dalam senarai ciri yang dirancang buat masa ini.

Rekaan akhirnya bagaimanapun masih belum dimuktamadkan sepenuhnya. Ketika sesi lawatan tersebut, pihak LETBE turut mendapatkan pandangan pengamal media tempatan berkaitan rekabentuk dan ciri yang sesuai untuk memenuhi kehendak pasaran Malaysia. Ini menunjukkan pembangunan model tersebut masih terbuka kepada beberapa perubahan sebelum memasuki fasa pengeluaran.

Kehadiran moped 150cc dengan klac auto ini juga berpotensi memberikan pilihan baharu kepada pengguna yang mahukan karakter sebuah motosikal bergear tetapi tidak mahu mengendalikan tuil klac secara manual.

Dengan pelancaran yang disasarkan pada tahun depan, persoalan yang kini menjadi perhatian tentunya berkisar mengenai harga, spesifikasi enjin, reka bentuk akhir dan nama model yang akan digunakan. Jika ditawarkan pada harga kompetitif, LETBE berpotensi mencuri perhatian dalam pasaran moped 150cc tempatan yang semakin sengit. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Didi Group, pengimport dan pengedar tunggal Aprilia di Malaysia, memperkenalkan model istimewa Aprilia RS 457 GP Replica sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang pada 30 Oktober lalu. Lebih istimewa, majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelumba Aprilia Racing MotoGP, Marco Bezzecchi.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.