Zongsen Cyclone CUBE 150: Dia Mai Motor 'Tomei' Pula!!

Segmen motosikal mini di Malaysia bakal menyaksikan kehadiran pencabar baru iaitu Zonsen Cyclone Cube 150. Model baru ini diinspirasikan daripada elemen cyberpunk. Nampak lain dan cukup unik, lincah dan menyeronokkan.

Ia digerakkan oleh enjin 149.3cc, silinder tunggal yang menghamburkan kuasa maksimum sekitar 15.4 hp dan tork puncak 14.5 Nm. Kesemua kuasa tersebut disalurkan ke roda belakang melalui sistem transmisi automatik CVT yang cukup lancar.
Penggunaan panel akrilik lutsinar serta lampu utama LED jenis pop-up automatik menyerlahkan lagi karaktor uniknya. Bahagian depan memang cantik dan menarik.


Berbeza dengan jentera dalam kelas sama seperti Honda MSX125 Grom atau CFMoto Papio XO yang menuntut kawalan klac tangan, jentera ini direka khus
Dari aspek ergonomik dan pengendalian, ketinggian pelana pada paras 720 mm dipadankan dengan berat keseluruhan sekitar 120kg yang menjadikannya mesra penunggang baru mahupun penunggang yang bertubuh kecil.

Rekaan tangki bahan api berkapasiti 7.5 liter yang tirus membolehkan lutut mengepit kemas badan jentera, manakala bar hendal berbentuk U yang tinggi memberikan postur tunggangan tegak yang selesa untuk perjalanan harian.
Cyclone melengkapkan model mini ini dengan tayar-tayar kecil (100/80-12 depan / 120/70-12 belakang) yang dikawal oleh sistem brek cakera dan sistem ABS dwi-saluran beserta sistem Traction Control. Turut melengkapkan pakej moden jentera ini ialah paparan meter digital penuh serta unit pintar T-Box.
RR difahamkan CUBE 150 bakal menjengah pasaran Malaysia pada tahun 2027 nanti. Bagi peminat motosikal mini yang menginginkan gaya menonjol tanpa kerumitan menukar gear, model ini boleh dijadikan pilihan. RR






_1.jpeg)



.jpg)




_1.jpeg)

