RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 28 April 2018

Harley Utara Group Dirasmikan

Kelab Permotoran Harley Utara Group (HUG) telah ditubuh dan didaftarkan pada 1 Ogos 2017 yang disertai seramai 27 orang ahli berdaftar dengan HUG. Kelab ini juga telah merancang untuk menganjurkan sebuah program Kedah International Bike Week 2018 pada tahun ini yang dijangka bakal menghimpunkan para pencinta sukan permotoran berkuasa tinggi di Negeri Kedah.

Program seumpama ini bukan sahaja akan merancakkan lagi sektor ekonomi di Kedah, bahkan dapat menarik pelancong dari dalam dan luar negara sempena tahun melawat Malaysia 2020.

Harley Utara Group melalui Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan program Konvoi Amal Sinar Kasih Harley Utara. Pihak HUG telah mengenal pasti melalui Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan dengan memberi sumbangan kepada empat orang atlet iaitu Dato Namat Abdullah, atlet sukan bola sepak di Sungai Petani yang pernah mewakili Negara dalam Sukan Olimpik pada tahun 1972.

HUG turut menyerahkan cek khairat kematian buat waris Allahyarham Abdul Rahman Bin Mad Nor, pemain sepak takraw di Alor Setar, Kedah. Beliau pernah mewakili Negara dalam Sukan SEA 1965 di Alor Setar, Kedah. Selain itu juga HUG turut menjemput dua orang atlet untuk menerima sumbangan iaitu En. Domi Che Non yang pernah mewakili pasukan bola sepak Perak pada tahun 90an dan En. Rahman Tasu, pemain bola sepak Kedah pada tahun 80an dan 90an.

HUG akan terus menyelidik dari masa ke semasa para atlet lain yang pernah mengharumkan nama negara suatu ketika dulu. Didoa dan diharapkan sumbangan daripada HUG ini dapat menjadi penyuntik dan pembakar semangat mereka. Selain itu juga sumbangan ini dapatlah membantu meringankan sedikit beban yang ditanggung.

Pada 13 Januari lalu, para bikers dari pelbagai kelab permotoran di Kedah dan dari luar hadir dengan deruman enjin masing-masing untuk memeriahkan majlis pelancaran dan perasmian Harley Utara Group.

Turut hadir untuk menyempurnakan majlis ialah Yang Teramat Mulia, Dato’ Tunku Shazuddin Ariff Ibni Sultan Sallehuddin, Tunku Laksamana Kedah dan Presiden HUG Ahmad Tarmizi Saad. Setelah selesai pertukaran cenderahati antara kelab kelab, para jemputan dijamukan dengan juadah makan malam yang kemudiannya dihiburkan oleh Dato’ Jamal Abdillah. Majlis bersurai lebih kurang jam 10.00 malam. RR

Isu Pada

April 2018

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. (Mforce), telah menganjurkan Majlis Penyerahan Motosikal bagi Program Proof of Concept (PoC) kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), di ibu pejabat Mforce yang beroperasi di Valdor, Pulau Pinang.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.