RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 3 Januari 2017

Kerjasama Terbaru Di Antara MV Agusta Spa dan DNC Asiatic Holdings Sdn Bhd

MV Agusta merupakan satu nama besar di dalam dunia motosikal dan sinonim dengan jentera yang berkualiti tinggi, mewah dan kepakaran tinggi dalam dunia perlumbaan. Bagi pencinta motosikal, produk-produk keluaran syarikat ini yang hadir dalam pelbagai segmen bukan sekadar menawarkan rekabentuk cukup anggun tetapi juga prestasi enjin yang amat mengagumkan.

Antara model-model hangat dari MV Agusta ialah F4, F3, Brutale, Brutale Dragster, Rivale, Stradale dan Turismo Veloce. Untuk terus kukuh di pasaran Malaysia, MV Agusta Spa telah memeterai perjanjian dengan syarikat tempatan, DNC Asiatic Holdings Sdn Bhd (DNC) untuk tujuan pemasangan dan pengedaran jentera-jentera ini ke pasaran negara.

Melalui perjanjian ini, satu lagi anak syarikat DNC iaitu Moto Varese Asiatic Sdn Bhd telah dilantik untuk mengedarkan jentera MV Agusta dengan menawarkan kesemua lapan model semasa dalam barisan MV Agusta.

Menurut Pengarah Urusan Moto Varese Asiatic, En. Muhd Zamry Abu Samah, sebuah bilik pameran baru yang lengkap dengan pusat 3S akan dibuka di Batu Caves, Selangor pada suku pertama tahun hadapan dan seterusnya di dua lagi lokasi di masa hadapan. RR

Isu Pada

Januari 2017

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.