RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 3 Februari 2017

KL Bike Week 2016

Kuala Lumpur Bike Week (KLBW) sekali lagi menggegarkan bandaraya Kuala Lumpur pada Disember lalu. The Lanai, Pusat Pelancongan Malaysia (Matic) yang terletak di Jalan Ampang dipilih lagi sebagai medan yang menyediakan aktiviti permotoran yang menarik untuk semua pengunjung tempatan dan luar negara seperti Indonesia, Brunei, Singapura, Thailand, Australia dan juga Amerika Syarikat.

Acara tahunan yang masuk tahun kesembilan ini dianjurkan selama dua hari oleh Red Garage Enterprise telah mendapat pengiktirafan daripada pihak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Antara syarikat korporat dan swasta yang juga turut serta dalam acara permotoran terbesar ini ialah BMW Motorrad, Michelin Tyre Malaysia dan lain-lain lagi.

KLBW kali ini dimeriahkan dengan aksi stunt motosikal lasak wanita, iaitu Christina Lee Billing dari Amerika Syarikat. Aksi yang dipamerkan berjaya menarik perhatian dan sorakan gemuruh dari para pengunjung. Pada sebelah malam pula, pengunjung disajikan dengan persembahan nyanyian daripada artis dan kumpulan muzik tanah air.

Selain daripada aktiviti jualan pelbagai barangan permotoran, KLBW juga merupakan platform terbaik untuk menggalakkan anak-anak muda yang berkemahiran dalam bidang vokasional automotif dalam pertandingan motosikal custom. Pelbagai rekaan kreatif motosikal berjaya menarik ramai pengunjung untuk melihat dengan lebih dekat.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, KLBW sekali lagi mengadakan acara berkonvoi motosikal iaitu Batik Fun Ride dan Warrior Charity Run. Tujuan mengadakan konvoi ini adalah untuk memperkenalkan pakaian batik kepada pelancong asing serta mengumpul dana untuk Tabung Pahlawan Negara.

Untuk tahun 2017 ini, pelbagai lagi acara yang lebih menarik sedang dirancang untuk memberikan kepuasan kepada pengunjung setia KLBW. Nantikannya dengan penuh sabar! RR

Isu Pada

Februari 2017

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Warta Roda

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. (Mforce), telah menganjurkan Majlis Penyerahan Motosikal bagi Program Proof of Concept (PoC) kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), di ibu pejabat Mforce yang beroperasi di Valdor, Pulau Pinang.