RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 April 2017

Chear Motor Shah Alam Melengkapkan Para Penunggang

Chear Motor Sdn Bhd merupakan sebuah pengedar dan pengeluar motosikal yang cukup popular, disegani dan berpengalaman. Ia diasaskan oleh Dato' Chear Kin Keong dan sejak penubuhannya pada tahun 1987, Chear Motor telah pun menjual beribu buah motosikal dan aksesori kepada para pencinta motosikal yang bukan sahaja datangnya dari seluruh negara malah dari Thailand dan Singapura. Sehingga kini, Chear Motor yang beribu pejabat di Klang telah mempunyai beberapa cawangan seperti di Kuantan, Ipoh dan yang terbaru ialah di Shah Alam, Selangor.

Kedai baru dua tingkat ini beroperasi di No.42A, Jalan 15/22, Taman Perindustrian Tiong Nam, Seksyen 15, Shah Alam. Ia dibuka setiap hari kecuali Ahad bermula pada 8.30 pagi hingga 7.30 malam.

Apa ada di Chear Motor Shah Alam?

Antara produk dan perkhidmatan yang ditawarkan di Chear Shah Alam ialah penjualan motosikal baru dan terpakai daripada pelbagai jenis jenama seperti CMC, Yamaha, Honda, Kawasaki, Suzuki, MV Agusta, Ducati, Harley Davidson, dan banyak lagi.

Pusat servis baru di Chear Motor Shah Alam luas, selesa dan turut menjanjikan perkhidmatan lepasan jualan yang baik. Chear Motor juga merupakan pengedar rasmi kepada produk solusi saspensi progesif, Hyperpro. Para penunggang motosikal boleh membeli dan membuat talaan dengan tepat sistem saspensi melalui alat khas dyno yang terdapat di sini. Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai produk ini, boleh rujuk ruangan Warta Roda Hyperpro yang dipaparkan dalam majalah RR keluaran Ogos 2016, Bil:358 atau terus berkunjung ke Chear Motor Shah Alam.

Bagi mereka yang mencari aksesori tambahan untuk motosikal masing-masing, di cawangan Shah Alam ini turut dilengkapkan dengan barangan berjenama Rizoma, Puig, Yoshimura dan Chear Performance Parts. Turut menghiasi tingkat bawah ialah topi keledar berjenama AGV dengan rekacorak terkini, sesuai untuk semua golongan penunggang. Dengan susun atur yang kemas dan menarik, ruang pameran utama (Ground Floor) turut menjadi ruang untuk bersantai dan berehat.

Tingkat satu pula lebih tertumpu kepada penjualan dan pameran pakaian motosikal. Jaket, seluar dan sarung tangan menunggang GIVI, Spidi, Komine dan Alpinestar pelbagai corak dan warna ditawarkan pada harga yang cukup istimewa. Kasut menunggang jenis Alpinestar dan SIDI juga sedang dijual pada harga istimewa serta diskaun.

Bagi 'si pengembara' atau mereka yang sedang mencari kotak barang, kotak barang GIVI turut terdapat di sini yang boleh didapati dalam pelbagai model dan saiz. Antara jenama topi keledar yang dijual di cawangan Chear Motor terbaru ini ialah GIVI, AGV, Caberg, Xdot dan banyak lagi. Memang seronok membelek setiap satu dan paling seronok tentulah pada harganya yang cukup berpatutan.

Jadi… apa tunggu lagi. Jom kita ke Chear Motor Shah Alam sekarang! RR

Isu Pada

April 2017

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.

Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.

Warta Roda

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. (Mforce), telah menganjurkan Majlis Penyerahan Motosikal bagi Program Proof of Concept (PoC) kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), di ibu pejabat Mforce yang beroperasi di Valdor, Pulau Pinang.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.