RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 Jun 2018

Himpunan Para Pemilik Kawasaki Z800 & Z900

Ternyata seorang pencinta motosikal itu bukanlah terletak pada kegemarannya untuk menunggang dan berseronok semata-mata, tetapi juga merupakan penyumbang kemesraan sesama rakan dan kesediaan memberi pertolongan di waktu yang diperlukan. Demi mengeratkan lagi tali persahabatan di antara pemilik jentera Kawasaki, lebih daripada 300 orang pemilik Kawasaki Z800 dan Z900 telah mengadakan konvoi istimewa ke pantai peranginan Port Dickson pada 12 dan 13 Mei lalu.

“Program 'gathering' ini mengeratkan konsep brotherhood di antara para peminat motosikal yang datangnya dari pelbagai latar belakang, tanpa mengira bangsa. Anda dapatlah berkongsi bersama pengalaman menunggang, ciri-ciri menarik motosikal, keselamatan semasa menunggang dan info berkenaan pakaian menunggang yang selamat. Jaga keselamatan semasa berada di jalan raya dan patuhi undangundang dan peraturan dengan baik,” kata Pengarah dan Pengurus Besar KMSB, Dato' Jeffrey Lim yang hadir menyempurnakan majlis perlepasan pada pagi tersebut.

Para peserta mula tiba di KMSB seawal jam 8.00 pagi dan lebih membanggakan tentunya apabila penganjuran ini telah mendapat sokongan daripada para pemilik dari Terengganu dan Johor Bahru. Selesai mendengar ucapan, taklimat dan pesanan, konvoi telah berlepas dengan penuh berdisiplin dan bergaya. Hadir membantu melancarkan perjalanan ke Port Dickson (PD) ialah beberapa krew petugas (marshal) yang masing-masing menunggang Kawasaki GTR 1400.

Pengalaman luas dan disiplin tinggi yang dimiliki oleh para peserta konvoi menjadikan perjalanaan ke PD lancar dan selesa. Setibanya di Mayang Sari Resort, para peserta mengambil kesempatan untuk berehat dan bersedia untuk acara pantai. Pelbagai permainan telah disediakan yang membawa kepada hilai tawa dan jenaka yang cukup menyeronokkan. Ada yang penuh berpasir, penuh tepung.... masing-masing memang sporting habis!

Di sebelah malam pula, acara yang ditunggutunggu pun tiba. Makan malam yang lazat di tepian pantai sudah pasti membuka selera tetapi acara cabutan bertuah adalah kemuncaknya. Para peserta yang bertuah akan menerima dan membawa pulang pelbagai hadiah-hadiah menarik dan sebahagian daripadanya ditaja oleh pihak KMSB. Sekali lagi, riuh rendah dibuatnya dengan kerenah dan gelagat rakan-rakan Z900 dan Z800 yang semakin rapat di antara satu sama lain.

Keesokan harinya, dianjurkan pula pelbagai jenis pertandingan khusus untuk pemilik Kawasaki Z900 dan Z800. Antaranya ialah motosikal tercantik, ekzos paling kuat dan pertandingan motosikal paling perlahan. Sudah pasti mereka yang mempunyai kawalan pendikit dan imbangan yang baik telah berjaya memenangi pertandingan tersebut. Aktiviti kemudiannya diteruskan dengan berkonvoi ke sebuah rumah anak yatim yang terletak di Port Dickson. Anak-anak ini diraikan dengan beberapa acara permainan yang cukup menyeronokkan. Apa yang mengujakan para peserta ialah keceriaan yang terpancar di setiap wajah anak-anak dari awal hingga akhir pertemuan mereka di sana.

Tahniah buat semua! Walaupun tidak lama, ia sudah cukup untuk merapatkan ukhwah dan persahabatan di kalangan para pemilik Kawasaki Z800 dan Z900 yang rata-ratanya mempunyai minat yang sama. RR

Isu Pada

Jun 2018

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.