RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 12 Julai 2018

Sambutan Hari Raya KAYABA Bersama Anak-Anak Yatim

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, KYB-UMW Malaysia Sdn Bhd telah menceriakan anak-anak di Pertubuhan Rumah Anak Yatim Miskin Kuala Langat (Rumah Penyayang) dengan membawa mereka membeli persiapan Aidilfitri di pasaraya Jusco Bukit Tinggi. Seramai 30 sukarelawan dari pihak KYB telah memeriahkan program Tanggungjawab Sosial Korporat ini dan semestinya merupakan kenangan manis buat kedua-dua pihak.

Memang seronok dapat membeli belah baju raya!
Memang seronok dapat membeli belah baju raya!

Hensemnya...
Hensemnya...

Suasana memang cukup meriah dengan gelagat anak-anak ini memilih baju-baju yang mereka sukai. Bagi lelaki, ada yang sukakan baju melayu dan ada pula yang lebih minat untuk memakai jubah. Adik-adik perempuan sudah tentu tampak bergaya dengan fesyen baju kurung moden. Paling memuaskan hati tentulah ketika melihat wajah-wajah ceria anak ini sewaktu sibuk memilih pilihan masing-masing di kedai kasut. Sesi 'bershopping' mengambil masa kira-kira 2 ••• jam sebelum semuanya berkumpul untuk majlis berbuka puasa yang diadakan di Hotel Impian Morib.

Manisnya adik-adik ini berbaju kurung moden.
Manisnya adik-adik ini berbaju kurung moden.
En. Iwao Mizuno menyerahkan ‘duit raya’ pada anak-anak Rumah Penyayang.
En. Iwao Mizuno menyerahkan ‘duit raya’ pada anak-anak Rumah Penyayang.

Tibanya di hotel, majlis penyampaian baju raya telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan, En. Iwao Mizuno, Pengurus Besar, Cheow Lip Heng dan para pegawai lain dari KYB. Selain itu, Rumah Penyayang ini menerima sumbangan istimewa daripada KYB bernilai RM10,000 dan tidak lupa juga pemberian duit raya buat anak-anak tersebut. Selepas sesi fotografi, program penuh bermakna itu diselesaikan dengan majlis iftar dan solat maghrib. RR

Isu Pada

Julai 2018

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.