RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 16 September 2018

Benelli BEST-Shop Kajang Dilancarkan

Pembuat dan Pengeluar Motosikal Itali Benelli telah melancarkan kedai eksklusifnya iaitu Benelli BEST-Shop yang pertama di Selangor dan merupakan keempat di Malaysia menerusi pengedarnya iaitu Kedai Motosikal Tenaga Sdn Bhd. Bilik pameran baru yang telah diubahsuai ini mempamerkan galeri motosikal Benelli, pusat servis yang canggih, aksesori dan alat ganti tulen. Benelli BEST-Shop ini beralamat di No.2, Jalan Hentian 2, Pusat Hentian Kajang, Jalan Reko, 43000 Kajang, Selangor.

Dari Kiri: En. Koh Chung Fei, Ms. Cheang Mei Gi, En. Kenno Chua, En. Asri Ahmad & En. Tang Hai Teik merasmikan Benelli BEST-Shop
Dari Kiri: En. Koh Chung Fei, Ms. Cheang Mei Gi, En. Kenno Chua, En. Asri Ahmad & En. Tang Hai Teik merasmikan Benelli BEST-Shop

“Benelli telah mendapat sambutan yang menggalakkan di Malaysia sejak pelancaran beberapa model popular iaitu RFS150i, TRK 502 dan Leoncino. Dengan adanya permintaan ini, bilik pameran eksklusif dan pusat servis di negeri Selangor akan memastikan para pemilik jentera Benelli dapat menikmati pengalaman pengguna yang cukup terbaik,” kata Pengurus Besar MForce Bike Holdings Sdn Bhd, En. Asri Ahmad.

“Benelli Malaysia juga telah dipilih dan dilantik sebagai Pusat Ujian tunggal di Asia Tenggara oleh Benelli Global. Kesemua model motosikal baru Benelli akan diuji di Malaysia sebelum dilancarkan di negaranegara ASEAN yang lain. Pada tahun 2017 Benelli Malaysia telah menerima anugerah untuk pencapaian terbaik dalam kategori jualan global, pengurusan jualan rangkaian dan pelancaran produk. Kami yakin akan mencapai kejayaan yang sama pada tahun ini dan juga dalam kategori perkhidmatan selepas jualan pada tahun 2018,” tambah En. Asri Ahmad.

Bersempena dengan pelancaran BESTShop Kajang ini, pertunjukan ‘Stunt Show’ jentera Benelli TnT135i telah diadakan bagi memeriahkan majlis pada hari tersebut. Pertunjukan ini telah disempurnakan oleh seorang penunggang lasak wanita pertama di Malaysia iaitu Ilia Iryani yang berumur 32 tahun yang kini menetap di Perak.

Benelli BEST-Shop Kajang ini beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat dari pukul 9.00 pagi hingga 7.00 malam, pada hari Sabtu dari pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang dan ditutup pada hari Ahad. Untuk maklumat lanjut sila hubungi BEST-Shop Kajang di talian 03-8737 2161, Fax 03- 8741 0861 atau layari laman web rasmi Benelli di https://malaysia.benell. com/ dan laman facebook di https://fb.com/ malaysia.benelli/. RR

Isu Pada

September 2018

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.