RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 3 Julai 2017

Kawasaki CKD Ride 2017 Bukan Sekadar Pengembaraan Motosikal

Diam tak diam CKD Ride sudah masuk edisi kesembilan! Program anjuran Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn Bhd(KMSB) ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada para pemilik jentera Kawasaki CKD untuk berkumpul sesama rakan motor dan melawat destinasi-destinasi menarik yang terdapat di negara kita. Tahun ini, sebanyak 120 buah motosikal telah bersama-sama menyempurnakan perjalanan selama tiga hari ini dan pengembaraan kali ini lebih menarik kerana diketuai oleh Pengurus Besar dan Pengarah KMSB sendiri iaitu Dato' Jeffrey Lim.

Perkarangan ibu pejabat KMSB penuh dengan jentera para peserta yang terdiri daripada Z800, Versys 650, Ninja 650, ER6F, ER6N, Ninja 250, Z250 dan J300. Penyertaan 15 penunggang wanita dari Kawasaki Lady Bikers ternyata menyerikan lagi konvoi. Demi keselamatan para peserta dan kelancaran perjalanan, pergerakan konvoi telah dikawal oleh lima orang anggota polis bahagian trafik yang diketuai oleh S/Ins. Sohim serta 11 orang pengiring dari krew Kawasaki yang menunggang GTR1400, Z900 ABS, Ninja 650 ABS dan Z650 ABS.

Dato’ Jeffrey Lim (kanan) mengetuai CKD Ride 2017 ke Alor Setar.
Dato’ Jeffrey Lim (kanan) mengetuai CKD Ride 2017 ke Alor Setar.

Perjalanan bermula dari Glenmarie, Shah Alam pada jam 8.00 pagi melalui lebuhraya utara selatan menuju ke perhentian R&R Tapah. Perjalanan hanya mengambil masa sekitar 1 jam 35 minit dan di sini, para peserta berhenti di stesen minyak Shell untuk menambah isi tangki masing-masing serta menikmati minuman percuma yang ditaja sepenuhnya oleh Nescafe.

Perjalanan diteruskan melalui lebuhraya berbukit bukau di Ipoh – Kuala Kangsar – Bukit Merah – Juru sejauh kira-kira 190 kilometer dan mengambil masa lebih kurang dua jam. Di Juru, konvoi menjadi semakin besar selepas turut disertai oleh para penunggang Kawasaki dari Pulau Mutiara. Pergerakan konvoi cukup lancar kerana adanya kerjasama yang cukup baik di antara para peserta dengan segala arahan daripada pihak polis dan para pengiring.

Para pengiring daripada krew Kawasaki bersiap sedia memulakan perjalanan.
Para pengiring daripada krew Kawasaki bersiap sedia memulakan perjalanan.
Minum Nescafe untuk kembali segar.
Minum Nescafe untuk kembali segar.

Bandaraya Alor Setar dipenuhi dengan jentera-jentera Kawasaki yang hadir untuk memberi sokongan kepada perasmian Kawasaki Ninja Shop pertama di utara tanahair iaitu Bikers Gallery yang telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Diraja Ahmad Bashah Md. Hanipah, Menteri Besar Kedah.

Bikers Gallery merupakan pusat pameran dan servis Kawasaki berkeluasan 33,000 kaki persegi. Bangunan bertingkatempat ini menempatkan bukan sahaja jentera-jentera Kawasaki tetapi juga mempunyai pelbagai barangan aksesori motosikal lain seperti pakaian menunggang, topi keledar, alat ganti motosikal kotak barang dan banyak lagi.

Majlis perasmian Bikers Gallery yang dimiliki oleh En. Hee Sze May telah berlangsung dengan meriah sekali.
Majlis perasmian Bikers Gallery yang dimiliki oleh En. Hee Sze May telah berlangsung dengan meriah sekali.

Selain pengenalan kepada pusat pameran terbaru itu, turut dianjurkan ialah acara cabutan bertuah yang menawarkan berbagai barangan motosikal yang cukup istimewa. Walaupun acara ini terbuka kepada semua pengunjung yang mendaftarkan diri, ramai para peserta CKD Ride agak bertuah apabila turut diumumkan sebagai pemenang termasuklah penerima hadiah utama berupa sebuah jentera minibike yang dimenangi oleh En. Andy Yahya dari Bukit Jalil.

Selepas mengharungi perjalanan hari pertama sejauh kira-kira 450 kilometer dan seharian bergembira di Alor Setar, para peserta terus ke hotel setelah tamat acara di Bikers Gallery pada petang itu.

Para peserta CKD Ride 2017 bergambar kenangan bersama anak-anak di Yayasan Amanah An-Nur Maisarah.
Para peserta CKD Ride 2017 bergambar kenangan bersama anak-anak di Yayasan Amanah An-Nur Maisarah.

HARI KEDUA

Hujan di sebelah malam ternyata menyejukkan suasana pada hari kedua. Perjalanan berikutnya agak berbeza kerana konvoi tidak lagi menggunakan lebuhraya sebaliknya jalan bandaran dari Alor Setar – Baling – Gerik – Tasik Raban – Chemor. Tiada yang lebih seronok apabila menunggang di jalan berselekoh kawasan berbukit yang suhunya agak dingin. Para peserta konvoi bukan sahajA dapat 'bermain' selekoh tetapi juga berpeluang menikmati pemandangan menghijau yang indah lagi menyegarkan.

Selepas makan tengahari di Tasik Raban, pendikit jentera masing-masing dipulas semula untuk ke destinasi berikutnya iaitu ke Yayasan Amanah An-Nur Maisarah yang terletak di Chemor, Perak. Deruman enjin menyeronokkan adik-adik di yayasan ini dan menurut pengerusi dan pemegang amanah yayasan iaitu Dr. Fazillah Nordin, pusat ini ditubuhkan pada tahun 2014 yang terdiri daripada anak-anak yatim dan fakir miskin. Misi yayasan ini adalah untuk memberikan pendidikan terbaik, menyediakan kemudahan dan kemahiran yang mencukupi untuk pembangunan insan. Yayasan Amanah An-Nur Maisarah kini mempunyai anak-anak seramai 53 orang manakala seramai 149 orang kini sedang menuntut di IPTA/IPTS.

Hari yang cukup bermakna buat adik-adik.
Hari yang cukup bermakna buat adik-adik.

Antara aktiviti yang diadakan ialah sukaneka, permainan bowling padang, membersihkan kawasan surau dan kejutan sambutan hari jadi untuk seorang peserta, Mohd Hatta dari Kuala Lumpur. Memang cukup seronok sekali melihat aksi adik-adik di yayasan ini yang sporting dan bersemangat. Program di yayasan ini diakhiri dengan majlis penyampaian sumbangan daripada Kawasaki, orang persendirian iaitu En. Wilson dan derma kilat yang berjaya mengumpul sebanyak RM3,100.

Walaupun hanya tiga jam bersama, talian kasih sayang di antara anak-anak yatim dan para peserta cukup erat sekali. Ramai juga di antara bikers Kawasaki yang ingin memberi peluang adik-adik ini merasai menunggang jentera berkuasa tinggi tetapi ianya sukar dilakukan kerana kawasan di yayasan agak terhad manakala keadaan jalanraya juga sibuk. Dari Chemor, konvoi diteruskan ke Simpang Pulai untuk majlis makan malam dan acara penutup.

En. Amarjeet (kiri sekali) menyampaikan hadiah utama cabutan bertuah kepada En. Shamsul.
En. Amarjeet (kiri sekali) menyampaikan hadiah utama cabutan bertuah kepada En. Shamsul.
Antara peserta Lady Bikers yang menyerikan CKD Ride tahun ini.
Antara peserta Lady Bikers yang menyerikan CKD Ride tahun ini.

Selepas menyegarkan diri dan berehat, para peserta berkumpul semula di dewan makan dengan wajah yang berseri-seri walaupun perut masing-masing mula berkeroncong. Majlis makan malam dimeriahkan dengan kehadiran Pengurus Pemasaran KMSB, En. Amarjeet Singh.

“Inilah tujuan penganjuran CKD Ride iaitu untuk mengerat hubungan di antara para pemilik Kawasaki serta memberi peluang untuk menikmati pemandangan menarik ketika menunggang di lebuhraya dan di kawasan luar bandar serta penglibatan dalam soal kemasyarakatan. Ini juga masanya rakan-rakan lama berjumpa semula dan bersuai kenal dengan kenalan baru,” kata En. Amarjeet.

Majlis makan malam diselitkan dengan permainan-permainan menarik yang menyebabkan dewan makan 'bergegar' dengan gelak tawa para peserta. Turut diadakan pada malam itu ialah acara yang sangat ditunggu-tunggu dalam setiap penganjuran CKD Ride iaitu cabutan bertuah kerana hadiah yang ditawarkan cukup istimewa. Hadiah utama berupa sebuah jam tangan Kawasaki yang bernilai hampir RM700 telah dimenangi oleh En. Shamsul.

“Mulanya saya ikut rakan-rakan dari Kawasaki Lady Bikers hanya untuk jalan-jalan biasa kemudian ke Johor Bahru, Ipoh dan inilah kali pertama saya ikut Kawasaki CKD Ride. Memang seronok sekali dan cara menunggang yang berdisiplin memang sangat bagus. Rakan-rakan yang sudah banyak pengalaman juga sentiasa bersedia untuk membantu pada bila-bila masa. Saya juga berpuas hati dengan pemilihan jalan kerana dapat menunggang di bermacam-macam tempat,” kata Puspa yang lebih mesra dengan panggilan Chupy yang menunggang Er-6N.

“Ini masuk kali ketiga saya ikut serta konvoi CKD Ride selepas 2012 dan 2013. Memang seronok dan rasa penganjuran kali ini lebih baik kerana banyak tempat menarik yang sempat kita singgah dan aktiviti untuk dilakukan. Kalau boleh konvoi CKD Ride akan datang dapat dilakukan ke luar negara,” kata Alex Ow dari Pulau Pinang.

Semua peserta berharap agar CKD Ride ini dapat diteruskan dan ada juga yang mencadangkan ia dapat dibuat lebih daripada sekali dalam setahun. Sama-sama kita tunggu...RR

Isu Pada

Julai 2017

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.