RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 Februari 2019

Honda Wave Alpha & BeAT Kini Lebih Segar

Boon Siew Honda Sdn Bhd (BSH) terus memberikan saingan dalam pasaran motosikal negara dengan pengenalan kepada warna dan corak grafik terkini untuk dua model popular mereka iaitu Honda Wave Alpha 125 dan BeAT 110. Untuk model Wave Alpha 125, ia didatangkan dalam dua varian iaitu model sport rim dan berjejari.

Sentuhan paling menarik ialah pada model Pearl Magellanic Black yang didatangkan dengan ‘lining’ berwarna kuning, menjadikannya jauh lebih menyerlah. Perubahan yang dilakukan ini pastinya menarik minat para pencinta motosikal khususnya yang berjiwa muda termasuklah para penunggang baru. Turut menjadikan model ini meraih permintaan tinggi ialah menerusi sistem enjin yang tahan lasak, jimat petrol, ruang bawah pelana yang luas dan tangki sebesar 3.7 liter.


Kedua-dua varian (sport rim dan berjejari) didatangkan dalam tiga warna menarik iaitu Pearl Magellanic Black, Vivacity Red dan Pearl Nightfall Blue. Untuk model jejari, ia ditawarkan pada harga RM4,275 manakala model sport rim dijual pada harga menarik iaitu RM4,516.


Honda BeAT pula adalah salah satu skuter paling digemari oleh penunggang motosikal khususnya mereka yang tinggal, bekerja atau menuntut di kawasan urban. Ketangkasan jentera yang menggunakan sistem tali sawat ini hadir menerusi enjinnya bersesaran 108.2cc yang menawarkan hantaran kuasa setinggi 6.48kW pada 7,500rpm dan tork 9.21Nm pada 6,000rpm.

Dengan berat hanya 94kg, BeAT mudah untuk dikendalikan tidak kira lelaki mahu pun wanita. Turut dilengkapkan pada model ini ialah sistem brek combi dan sistem kunci pintar yang terkini. Untuk terus memberikan pilihan lebih segar untuk tahun baru ini, BeAT didatangkan dalam empat warna serba baru iaitu Vivacity Red, Pearl Nightfall Blue, Pearl Megallanic Black dan Space Magenta Metallic. Honda BeAT 110 boleh dimiliki pada harga RM5,365.


Kedua-dua model Honda ini didatangkan dengan waranti kilang selama dua tahun atau 20,000 kilometer perjalanan (yang mana terdahulu). Untuk melihat dengan lebih dekat serta maklumat lebih lanjut, Sila berkunjung ke pusat pengedar Honda berdekatan anda  atau telefon talian bebas tol 1-800-88-3993 atau layari www.boonsiewhonda.com. my. RR

Isu Pada

Februari 2019

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.