RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 1 Ogos 2017

Hype Motorsports Hotel Untuk Pencinta Sukan Permotoran

Forte Hospitality Management Sdn Bhd selaku operator Hype Motorsports Hotel telah melancarkan hotel butik pertama di Malaysia dan Asia yang dibina dengan konsep dunia permotoran. Hype Motorsports Hotel unik ini terletak kira-kira 40 minit perjalanan dari ibu negara dan hanya 15 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) dan Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Dari kiri: En. Choong Hin Seong, Dato’ Sri Abdul Khani Daud dan En. Johari Mohd Yusof melancarkan Hype Motorsports Hotel.
Dari kiri: En. Choong Hin Seong, Dato’ Sri Abdul Khani Daud dan En. Johari Mohd Yusof melancarkan Hype Motorsports Hotel.
En. Johari Mohd Yusof.
En. Johari Mohd Yusof.

Majlis pelancaran hotel ini telah diadakan pada 7hb Julai lalu dan ternyata ia dibina di sebuah lokasi yang cukup strategik. Terdapat 75 buah bilik di hotel ini yang berharga di antara RM150 hingga RM280 dan paling menarik tentulah dengan rekaan dalaman hotel ini yang mendekatkan para pelanggannya dengan dunia permotoran menerusi susun atur kerusi, katil, paparan grafik dan gambar-gambar perhiasan. Terdapat juga beberapa bilik yang bertemakan lagenda permotoran dunia seperti Michael Schumacher (F1), Valentino Rossi (MotoGP), Tony Cairoli (Motocross), Sebastian Loeb (Rally) dan sebagainya.

“Belum ada lagi mana-mana hotel di Malaysia malah di Asia yang menampilkan konsep sebegini dan inilah peluang terbaik kami untuk memperkenalkan konsep tersebut,” kata Pengarah Urusan dan CEO Forte Hospitality Management SB, En. Johari Mohd Yusof.

Hype Motorsports Hotel didirikan di atas tanah yang mempunyai keluasan hampir satu ekar dan pembinaan yang bernilai RM12 juta ini terhasil selepas kajian terperinci serta perancangan teliti yang dilakukan selama beberapa bulan. Menurut En. Johari, bilik-bilik di hotel ini telah pun hampir ditempah sepenuhnya sempena perlumbaan Formula 1 dan MotoGP yang bakal berlangsung di SIC pada bulan September dan Oktober nanti. RR

Isu Pada

Ogos 2017

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.