RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 1 Ogos 2017

Skuter Premium Honda Lebih Cantik Dengan Warna Baru

Honda NSS300 dan Honda PCX 150, dua buah skuter premium yang terkenal di kalangan para pencinta dunia motosikal automatik sebagai mesin yang lancar, pantas, bergaya dan berprestasi tinggi. Untuk terus mendapat kepercayaan, Boon Siew Honda (BSH) dengan bangganya melancarkan kedua-dua model skuter tersebut dengan warna biru serba baru yang ternyata lebih segar, terkini dan lebih mantap.

“BSH mahu para pelanggan kami sentiasa bijak dalam membuat pemilihan untuk jentera mereka. Warna serba baru ini menggambarkan keprihatinan dan kefahaman kami dalam gaya dan fesyen dunia skuter sekarang ini. Kami berharap, para pelanggan Honda akan menikmati pengalaman berharga dan menyeronokkan setiap kali bersama model-model automatik dari Honda,” kata Pengarah Urusan dan CEO Boon Siew Honda, En. Nobuhide Nagata.

NSS300 merupakan sebuah skuter berprestij dan menjadi pilihan utama buat mereka yang inginkan sebuah jentera yang selesa dan lancar untuk kegunaan harian. Enjin 279cc yang dipadatkan dalam model ini menawarkan kuasa maksimum setinggi 19kW pada 7,500rpm dan tork maksimum 26Nm pada 5,000rpm. NSS300 menggunakan sistem transmisi jenis V-Matic Continuously Variable yang lancar sekali dan untuk memberi keyakinan buat para pemiliknya, NSS ini turut disempurnakan dengan sistem perlindungan Honda Ignition Security System (HISS).

Secara keseluruhannya, NSS300 ini merupakan sebuah jentera automatik yang sporty dan cukup selamat. Kualiti pembikinannya juga cukup tinggi dan semestinya sesuai untuk tunggangan harian. Selain warna Candy Caribbean Blue Sea (baru), terdapat dua lagi pilihan warna iaitu Pearl Himalayas White dan Seal Silver Metallic. Harga bilik pameran yang dicadangkan bermula daripada RM30,727.78 dengan GST (tanpa cukai jalan, insurans dan nombor pendaftaran).

PCX150. Prestasi model ini tidak perlu diragui lagi! Ia merupakan skuter yang bukan sahaja cantik dan menarik tetapi cukup tahan lasak. PCX bukan sahaja kerap dilihat menyusuri jalan-jalan di bandaraya tetapi juga kini turut digunakan untuk mengembara ke destinasi-destinasi yang cukup jauh hingga ke luar negara.

PCX150 menawarkan penjimatan bahan api yang cukup efisien serta rekabentuknya yang dinamik adalah aset utama mengapa model ini terus mendapat permintaan tinggi dalam pasaran negara. Miliki PCX150 pada harga yang dicadangkan bermula RM11,658.94 dengan GST (tanpa cukai jalan, insurans dan pendaftaran. Kedua-dua model ini didatangkan dengan waranti kilang selama dua tahun atau 20,000km (yang mana terdahulu). RR

Isu Pada

Ogos 2017

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.