RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 Februari 2019

Yamaha XMax Lebih Ranggi Dengan Warna Baru

Yamaha XMax 250 adalah di antara model skuter maksi yang cukup digemari oleh mereka yang inginkan sebuah jentera yang praktikal, berkuasa dan jimat petrol. Skuter maksi ini menarik minat ramai disebabkan spesifikasi enjinnya yang cukup mantap. Dengan isipadu enjin 250cc, XMax memiliki kuasa hantaran setinggi 16.8kW pada 7,000rpm dan tork 24.3Nm pada 5,500rpm yang memecut dengan pantas pada bila-bila masa sahaja. Ruang bawah pelananya yang cukup luas membolehkan jentera ini sesuai untuk mereka yang berulang alik ke tempat kerja mahupun yang ingin mengembara.


Bagi memastikan skuter maksi Yamaha XMax 250 ini terus menepati citarasa para penunggang motosikal, Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd menawarkan dua warna terkini iaitu Matte Blue dan Matte Red yang lebih segar dan menawan hati. Pastinya ke mana sahaja XMax ini dibawa, ia akan menjadi perhatian ramai dengan keanggunan rekabentuknya dan warna serba baru. Yamaha XMax boleh dimiliki pada harga RM21,225 (tidak termasuk cukai jalan, no.pendaftaran dan insurans). RR

Isu Pada

Februari 2019

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.