RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 19 Jun 2020

Ride Kawasaki Owner Group (KOG) Bersantai Di Pos Kuala Mu

Rakan-rakan dalam Kawasaki Owner Group (KOG) memang antara yang paling rajin dan paling happening. Hampir setiap negeri di semenanjung dilawati dan selain berkunjung ke destinasi-destinasi menarik, penganjuran konvoi sebegini turut memberi peluang buat setiap ahli KOG berjumpa dan berkumpul semula. Masing-masing sibuk dengan urusan kerja... inilah masanya untuk 'melepaskan rindu'.

Pada pertengahan Februari lalu, KOG telah mengaturkan konvoi 'Eco Ride' pertama mereka dengan memilih lokasi yang cukup menarik iaitu ke Pos Kuala Mu yang terletak di Sungai Siput, Perak. Pos Kuala Mu terletak lebih kurang 300 kilometer dari Kuala Lumpur atau mengambil masa empat jam perjalanan. Ia memang 'syurga' buat pencinta alam dan bagi penunggang motosikal, jalan-jalan mendaki sejauh 70 kilometer memang mengujakan.

Konvoi kali ini terdiri daripada 67 orang pemilik jentera Kawasaki yang hadir ke R&R Rawang dengan pelbagai jenis model. Taklimat perjalanan terlebih dahulu telah diberikan oleh Ketua Konvoi, tidak lain dan tidak bukan iaitu En. Ahmad Radzi atau Che Mad dari KMSB yang dibantu oleh para urusetia seperti Miekawa, Atok Amy dan Cipantos.

Tayar bergolek pada jam 8.30pagi diiringi oleh 10 orang krew Kawasaki yang berpengalaman. Konvoi kemudiannya berhenti mengisi minyak di RTC Simpang Pulai dan pada masa yang sama, bergabung pula dengan rakan-rakan KOG dari Perak. Kira-kira 45 minit kemudian, jentera-jentera Kawasaki berhenti lagi di Tanjung Rambutan untuk makan tengahari dan memenuhkan tangki. Ini penting memandangkan ketiadaan pam minyak di kawasan Pos Kuala Mu.

Perjalanan melalui Tanah Hitam, Kg Bewang, Perlop hinggalah ke Pos Kuala Mu memang redup, cantik dan menyegarkan. Selepas lima jam menikmati pelbagai ragam jalan, konvoi tiba di Kg. Bersah pada jam 2.00 petang. Hasil penjagaan rapi masyarakat orang asli di Pos Kuala Mu khususnya, kawasan sekitar dan sungai memang cukup bersih dan nyaman. Selain menginap di chalet, ada juga rakan-rakan KOG yang memilih untuk menyewa khemah.

Selepas berehat dan menyegarkan diri, program diteruskan dengan menziarahi Madrasah Darul Salam untuk khidmat masyarakat. Kehadiran Tok Batin Hadu bin Long dan penduduk kampung pada hari itu menambah kemeriahan dan meringan kerja.

Antara aktiviti amal yang telah dijalankan ialah membersih kawasan madrasah dan persekitarannya, pengagihan barang makanan, pemberian barangan makanan/buah tangan kepada para penduduk dan membawa kanak-kanak menaiki motosikal.

Tahniah buat ahli-ahli KOG kerana berjaya mengumpul wang tunai sebanyak RM1,720 untuk diserahkan kepada penduduk setempat. Para peserta juga diraikan dengan jamuan ringkas berupa mee goreng dan kuih-muih. Acara sumpit yang dijadualkan di sebelah petang terpaksa dibatalkan berikutan hujan yang turun dengan agak lebat. Ini juga masa dan peluang untuk para peserta menikmati air sungai yang jernih dan cukup sejuk.

Majlis makan malam penuh dengan aktiviti, antaranya ialah sambutan harijadi, penyampaian cenderahati dan nyanyian karaoke. Kumpulan busker, 'De Orked' yang dijemput khas dari Ipoh menghidupkan suasana malam dengan nyanyian pelbagai pilihan lagu yang cukup merdu. Hari kedua dimulakan dengan sarapan pagi nasi lemak dan kuih-muih. vSemuanya sedap dan menepati citarasa! Acara sumpit tradisional dimulakan semula. Nampak mudah tetapi ia tidaklah seperti yang disangka. Ternyata teknik hembusan dan cara memegang alat sumpit dengan sempurna memerlukan latihan bertahun-tahun.

Sebahagian daripada peserta mengambil peluang untuk meneroka kampung-kampung berdekatan seperti Kg. Gepeh dan Kg. Dusun. Bagi yang cintakan produk-produk alam semulajadi, mereka membeli akar-akar kayu dan herba asli yang dijual oleh para penduduk di situ. Selepas berehat dan mandi manda sekali lagi, rakan-rakan KOG kembali berkumpul dan memulakan perjalanan pulang ke destinasi masing-masing.

Pengalaman dan kenangan di Pos Kuala Mu telah diabadikan dan kini rakan-rakan KOG bersedia untuk mengunjungi destinasi berikutnya. Ke mana pula ya? RR

Isu Pada

Jun 2020

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700