RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 November 2017

Benelli Best-Shop Pertama Di Malaysia

Pembuat dan pengeluar motosikal Itali, Benelli telah melancarkan bilik pameran eksklusif iaitu Benelli Best-Shop yang pertama di Malaysia menerusi pengedarnya iaitu Bravo Bike Sdn Bhd yang beroperasi di Persiaran Damai, Damai Court, Temerloh. Bilik pameran ini beroperasi pada hari Isnin hingga Sabtu dari pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang dan dengan keluasannya sebanyak 4,500 kaki persegi, ia berkemampuan untuk menempatkan kesemua model Benelli, pusat servis, aksesori dan alat ganti tulen.

Dari kiri: En. Hisham Chua, En. David, Dato’ Sri Leo Tan Lean Heah, En. Asri Ahmad, En. Chen Kai Fai dan En. Tan Seng Hock di majlis perasmian Benelli Best-Shop
Dari kiri: En. Hisham Chua, En. David, Dato’ Sri Leo Tan Lean Heah, En. Asri Ahmad, En. Chen Kai Fai dan En. Tan Seng Hock di majlis perasmian Benelli Best-Shop


“Para pengguna Benelli di Temerloh dan bandar-bandar berdekatan akan menerima perkhidmatan lepas jualan yang lebih terjamin dan efisien terutamanya bagi penjualan alat ganti tulen, penyelenggaraan berjadual dan waranti,” kata En. Asri Ahmad, Pengurus Besar Operasi Mforce Bike Holdings Sdn Bhd.

Susun atur yang kemas, selesa dan cantik serta jaminan alat ganti adalah ciri-ciri utama yang dapat dinikmati oleh setiap pencinta motosikal yang hadir ke Benelli Best-Shop ini.


Memeriahkan majlis pada hari itu ialah pertunjukkan 'Stunt Show' jentera Benelli TNT135i oleh dua penunggang lasak cukup hebat yang dibawa khas dari Brazil iaitu Daniel Ferreira dan Ligia Martins. Ternyata kedua-duanya telah membuktikan kemampuan sebenar jentera ini dan ternyata.... “Saiz Bukanlah Segalanya!”. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Bravo Bike BEST-Shop di talian 09-296 3811 atau layari laman rasmi Benelli di https://malaysia.benelli.com/ RR


 

Isu Pada

November 2017

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.