RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Berita Kelab / 27 Mei 2026

H.O.G. Malaysia Sertai Tiga Ekspedisi Rentas Benua

komuniti Harley Owners Group (H.O.G.) Malaysia terus melakar sejarah apabila menganjurkan tiga ekspedisi antarabangsa berskala besar merentasi benua Asia dan Eropah. Program yang mendapat sokongan Didi Group bersama rangkaian pengedar rasmi Harley-Davidson Malaysia itu menghimpunkan kelab motosikal tempatan serta penunggang bebas di bawah jenama global H.O.G. dengan menyasarkan untuk mencipta pengiktirafan dalam Malaysia Book of Records.

Ketiga-tiga ekspedisi tersebut melibatkan perjalanan melebihi 49,000 kilometer merentasi pelbagai negara di Asia dan Eropah, sekali gus mencerminkan semangat sebenar komuniti H.O.G. yang menekankan elemen pengembaraan, ketahanan dan persaudaraan global.

Ekspedisi pertama dikenali sebagai Merdeka Ride 2026 iaitu pengembaraan atas jalan selama 100 hari dari Kuala Lumpur hingga ke London yang dianjurkan oleh Shadowfax MC di bawah pimpinan pengasasnya, Dato’ Anand. Konvoi tersebut memulakan perjalanan pada 24hb Mei 2026 dan bakal tiba di London pada 31hp Ogos 2026 sempena sambutan bulan Kemerdekaan Malaysia. Sepanjang ekspedisi, para peserta akan menempuh kira-kira 24,700 kilometer merentasi 25 negara dan 69 wilayah melibatkan Asia Tenggara, China, Asia Tengah, rantau Caucasus dan Eropah.

Ekspedisi kedua pula ialah HRB MC 2026 China Southwest Riding Tour yang disertai ahli Heaven Respect Brotherhood Motorcycle Club. Selepas pelepasan rasmi pada 29hb April 2026, pasukan tersebut kini dalam misi menempuh perjalanan sejauh 10,000 kilometer di wilayah barat daya China. Mereka turut menyasarkan untuk menjadi kumpulan penunggang Harley-Davidson pertama berjaya menawan Jambatan Huajiang Grand Canyon yang diiktiraf sebagai jambatan tertinggi di dunia.

Sementara itu, ekspedisi ketiga dikenali sebagai Johor Bahru to Mount Kailash Motorcycle Expedition yang membabitkan penunggang daripada H.O.G. Johor Bahru, Muscle Rider MC, Shadowfax MC dan Jivathma MC. Konvoi berlepas pada 25hb Mei 2026 dan dijangka meredah lebih 15,000 kilometer melalui Thailand, Laos, Wilayah Yunnan serta Tibet sebelum tiba di Gunung Kailash yang terletak pada ketinggian 6,638 meter dari aras laut.

Walaupun diterajui oleh kelab dan pasukan berbeza, ketiga-tiga ekspedisi ini disatukan menerusi sokongan padu daripada Didi Group, Harley-Davidson Malaysia serta rangkaian rasmi H.O.G. yang membuktikan semangat kerjasama erat dalam komuniti H.O.G. dan berjaya membawa nama Malaysia ke pentas pengembaraan motosikal antarabangsa.

Sekiranya kesemua misi ini berjaya disempurnakan, para penunggang komuniti H.O.G. Malaysia bakal mencipta sejarah tersendiri dalam arena permotoran negara menerusi pengiktirafan rasmi dalam Malaysia Book of Records.

Untuk perkembangan terkini, orang ramai boleh mengikuti saluran media sosial rasmi Harley Owners Group Malaysia dan Harley-Davidson Malaysia bagi mendapatkan kemas kini perjalanan secara langsung, foto dan video sepanjang ekspedisi berlangsung. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Kembara Road Rider Crew Taiping 3.0 Sempena Ulang Tahun Kelab ke-4

RRCT/RRCSP & HRSKC Mulakan 2026 Dengan Konvoi Ke Hilir Perak

RSX-RS Crew Taiping Anjur Ride Penutup 2025

RSX-RS Crew Taiping Semarakkan Konvoi Berjiwa Honda ke Batu Kawan

Kembara RSX-RS Crew Taiping 2025 – Menjelajah Keindahan Pahang

Terengganu Gentleman Riders: Ride & Camp ke Lata Ulu Kasar

KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024

'Convoy to Lumut' RSX-RS Crew Taiping 2024

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.

Model Baru

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Didi Group, pengimport dan pengedar tunggal Aprilia di Malaysia, memperkenalkan model istimewa Aprilia RS 457 GP Replica sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang pada 30 Oktober lalu. Lebih istimewa, majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelumba Aprilia Racing MotoGP, Marco Bezzecchi.

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.