RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Berita Kelab / 28 Februari 2026

RRCT/RRCSP & HRSKC Mulakan 2026 Dengan Konvoi Ke Hilir Perak

Tahun 2026 dimulakan dengan penuh semangat oleh ROAD RIDER CREW TAIPING (RRCT) menerusi program “Ride Pembukaan Tahun 2026” yang berlangsung pada 15 Februari 2026 (Ahad). Seawal jam 7.30 pagi lagi para peserta mula berkumpul di Plaza Tol Kamunting sebelum bergerak ke PETRON Air Putih, Taiping bagi sesi taklimat dan penyusunan barisan konvoi sebelum memulakan perjalanan.

Dengan penggunaan tayar Tashimurai – Tayar Terbaik (Patented Premium Brand), jentera peserta tampil lebih stabil dan yakin untuk perjalanan jarak sederhana. Konvoi ini turut disertai sahabat dari Kelab Himpunan Rider’s Smart Kedah Crew (HRSKC), sekali gus memeriahkan lagi suasana.

Selepas mengisi minyak termasuk tong simpanan, para peserta menikmati sarapan di RMCJ Dusun Cafe Taiping sebelum memulakan perjalanan. Deruman enjin yang menggunakan MO2 Lubricant – Exploring The Wonder Of Power kedengaran lebih lancar dan bertenaga ketika memasuki laluan Lebuhraya WCE menuju ke Hilir Perak.

Sekitar jam 11.00 pagi, konvoi tiba di Kompleks Sejarah Pasir Salak untuk sesi bergambar kenangan. Ketibaan RRCT disambut mesra oleh Kelab RS/RSX Hilir Perak yang turut meraikan kehadiran peserta. Perjalanan lebih lancar yang turut disokong dengan penggunaan rantai D.I.D T-Ring (428VIX).

Destinasi seterusnya ialah mercu tanda ikonik Teluk Intan, Menara Condong Teluk Intan yang merupakan lokasi wajib untuk bergambar kenangan. Konvoi kemudian menuju ke Restoran Soto Sri Sayang untuk makan tengah hari sebelum menunaikan solat Zohor Jamak Taqdim di Masjid Terapung Bagan Datuk. Penggunaan bateri Pawaki pula memberi keyakinan kepada peserta dengan bekalan kuasa yang tahan lama sepanjang perjalanan.

Program diteruskan dengan sesi santai dan minum petang di Dataran Bagan Datuk sebelum konvoi bersiap untuk perjalanan pulang sekitar jam 5.30 petang. Laluan melalui Jambatan Bagan Datuk dimanfaatkan untuk merakan video dan mengambil gambar sebagai kenangan sebelum bersurai.

Sepanjang program, aspek teknikal jentera turut diberi perhatian dengan sokongan kepakaran Bengkel Ameer Bikers, mekanik motosikal profesional bagi memastikan motosikal berada dalam keadaan terbaik sebelum dan selepas konvoi.

Ride Pembukaan Tahun 2026 RRCT bukan sekadar meraikan permulaan tahun baharu, malah mengukuhkan silaturahim antara kelab motosikal serta mempromosikan budaya tunggangan berhemah dan selamat. Diharapkan lebih banyak program seumpama ini dapat dianjurkan pada masa akan datang bagi terus menyemarakkan semangat komuniti dua roda. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Kembara Road Rider Crew Taiping 3.0 Sempena Ulang Tahun Kelab ke-4

H.O.G. Malaysia Sertai Tiga Ekspedisi Rentas Benua

RSX-RS Crew Taiping Anjur Ride Penutup 2025

RSX-RS Crew Taiping Semarakkan Konvoi Berjiwa Honda ke Batu Kawan

Kembara RSX-RS Crew Taiping 2025 – Menjelajah Keindahan Pahang

Terengganu Gentleman Riders: Ride & Camp ke Lata Ulu Kasar

KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024

'Convoy to Lumut' RSX-RS Crew Taiping 2024

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Warta Roda

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. (Mforce), telah menganjurkan Majlis Penyerahan Motosikal bagi Program Proof of Concept (PoC) kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), di ibu pejabat Mforce yang beroperasi di Valdor, Pulau Pinang.

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.