RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Berita Kelab / 19 Mei 2025

Terengganu Gentleman Riders: Ride & Camp ke Lata Ulu Kasar

Langkah awal untuk penganjuran aktiviti Ride & Camp ini bermula dengan penganjuran mesyuarat di antara beberapa kelab motosikal termasuklah Terengaanu Gentleman Raiders (TGR) yang dipimpin oleh Presidennya, Raja Faizal.

Hadir memberi sokongan ialah En. Dean315, Presiden Ruzzty Riders yang hadir bersama beberapa oleh ahlinya. Tidak ketinggalan ialah Presiden Eastern Custom Bike (ECB), En. Deris AKA Jen). Bertitikkan perjumpaan tersebut maka terlaksanalah segala aktiviti yang menggabungkan Group G7 yang mengurus dan menjalankan segala aktiviti kelab bersama-sama.

Kerjasama ini menjurus kepada idea untuk penganjuran acara Ride & Camp Vol 1 yang diadakan di Lata Ulu Kasar, Setiu, Terangganu pada awal Mei yang lalu.

2hb Mei 2025

Seramai 60 orang peserta dengan sekitar 50 buah motosikal pelbagai model mula bergerak dari RV yang telah ditetapkan oleh Road Captain masing-masing. Seramai 10 ahli kelab lain memilih untuk ke destinasi dengan kereta manakala sebuah kenderaan 4X4 turut mengikuti perjalanan sebagai 'back-up' jika berlakunya masalah.

Dengan kemas dan penuh disiplin, konvoi memulakan pergerakan mengikut laluan yang ditetapkan. Lebih kurang 2 jam perjalanan, konvoi tiba di RV terakhir dan bergerak semula ke lokasi acara yang dikawal sebaiknya oleh para krew marshal dan presiden kelab Ruzzty Riders.

Para peserta yang tiba disambut oleh urusetia yang ketuai oleh Cik Ida bersama para pembantunya. Para peserta kemudiannya terus ke khemah untuk berehat atau memilih untuk melakukan aktiviti bebas. Makanan dan minuman juga telah disediakan oleh pihak Metalcore.

Para peserta lelaki yang sudah kemas sedia, mula bergerak bersama motosikal masing-masing menuju ke masjid berdekaran untuk menunaikan solat jumaat serta melaksanakan gimik perlepasan.

Usai solat Jumaat para peserta konvoi yang diketuai oleh presiden kelab TGR, Raja Faizal mengambil kedudukan serta mengarahkan para pesrta untuk gimik pelancaran konvoi oleh yang disempurnakan oleh En. Wafee Abdullah, Pengerusi KRT Kg Merbau Menyusut.

Cuaca tiba tiba berubah. Hujan mula turun dengan lebatnya dan pada masa yang sama, ada lagi 1 kumpulan konvoi di ketuai oleh (En. Jen) Presiden kelab ECB, masih kental bergerak dalam hujan yang agak lebat dan dijangak akan sampai lewat.

Menjelang petang, para peserta melakukan pelbagai aktiviti bebas seperti mendaki dan ke sanctuary kelah. Ada juga yang menyegarkan badan di dan selainnya berehat di khemah sambil menikmati kopi yang dibuat oleh En. Syamin dari Kopi Racer.

Makan malam BBQ yang disediakan memang lazat! Acara cukup santai memang ceria dan peluang tersebut diambil sebaiknya untuk mengadakan kutipan tabung untuk didermakan kepada pihak pengurusan masjid.

Sambil menikmati juadah, berbual dengan rakan taulan, acara pada malam itu diteruskan dengan ucapan kata alu-aluan oleh presiden TGR, penaja dan wakil-wakil penaja. Malam masih muda... para peserta turut dihiburkan dengan sesi busking dan karaoke yang kemudiannya dimeriahkan dengan acara yang dinanti-nantikan iaitu cabutan bertuah.

Penutup acara pada malam tersebut diakhiri dengan tembakan bunga api.

3hb Mei 2025

Pada hari terakhir ini, para peserta mengambil peluang mandi manda dan sesi bergambar sebagai kenang-kenangan.

Akhir kata, pihak penganjur mengucapkan jutaan terima kasih buat semua yang terlibat terutama para rider rider dan pemilik Metalcore (En. Eg) dan seluruh warga AJK yang bertungkus lumus menjayakan program dan aktiviti kali ini.

Tidak lupa juga buat warga penduduk kampung serta pihak-pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung termasuklah pemilik restoran Ali Spice yang sudi menaja makan tengahari buat semua peserta yang terlibat sepanjang event berlangsung. RR

Senarai nama AJK G7:

  • Raja Faizal, Presiden TGR
  • Din315, Presiden Ruzzty Riders
  • En. Jen, Presiden ECB
  • Setiausaha: Cik Ida
  • Ahli Jawatan Kuasa: Mie Black, Rie Yamada, Jiman Gahargi, Noy, En. Jimmy & Shamin Kopi Racer.

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Kembara Road Rider Crew Taiping 3.0 Sempena Ulang Tahun Kelab ke-4

H.O.G. Malaysia Sertai Tiga Ekspedisi Rentas Benua

RRCT/RRCSP & HRSKC Mulakan 2026 Dengan Konvoi Ke Hilir Perak

RSX-RS Crew Taiping Anjur Ride Penutup 2025

RSX-RS Crew Taiping Semarakkan Konvoi Berjiwa Honda ke Batu Kawan

Kembara RSX-RS Crew Taiping 2025 – Menjelajah Keindahan Pahang

KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024

'Convoy to Lumut' RSX-RS Crew Taiping 2024

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.