RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 10 Februari 2021

MotoGP 2021: Pasukan Ducati Lenovo Dilancarkan Penuh Bergaya

Pasukan Ducati Lenovo telah melancarkan jentera factory Desmosedici GP untuk saingan MotoGP tahun ini yang akan ditunggangi oleh dua pelumba mantap iaitu Jack Miller dan Francesco Bagnaia. Warna merah Ducati yang ikonik kembali menonjol pada kedua-dua jentera baru ini dengan logo terbaru peneraju teknologi PC, peranti moden, perisian iaitu Lenovo.

Desmosedici GP disempurnakan dengan enjin bersesaran 1000cc, sistem penyejuk cecair, V4, empat lejang, desmodromic DOHC yang mampu menjanakan tenaga untuk pecutan lebih daripada 350km/j. Jentera merah ini bakal ditunggang oleh dua pelumba sangat berbakat yang pastinya memberi cabaran sengit dalam usaha mengembalikan kejayaan buat pasukan Ducati.

Jack Miller merupakan seorang pelumba yang berasal dari Townsville, Australia. Berumur 25 tahun, Jack memulakan kariernya dalam dunia perlumbaan menerusi perlumbaan motorcross dengan meraih enam takhta kemenangan sebelum beralih ke saingan road racing pada tahun 2009. Demi mencari peluang menempa kejayaan, Jack berpindah ke Eropah untuk menyertai kejuaraan German 125cc dan telah menunjukkan prestasi yang cemerlang hinggalah terpilih untuk menggalas tanggungjawab dalam kelas prima pada tahun 2015.

Jack Miller
Jack Miller

Pada tahun 2019, Jack mula 'melangkah' lebih laju dengan lima kejayaan podium dan menduduki tangga kelapan keseluruhan dengan 165 mata. Musim lalu dia sekali lagi menunjukkan kesungguhan dengan meraih empat podium lagi seterusnya membuktikan dia sememangnya layak untuk bersama pasukan utama musim ini.

Francesco Bagnaia dilahirkan di Turin, Itali pada 14 Januari 1997. Memulakan karier sebagai pelumba dalam saingan Minimoto dan dinobatkan senagai juara European MiniGP Championship pada tahun 2009. Francesco yang juga dikenali sebagai Pecco telah terpilih untuk diserapkan dalam VR46 Rider Academy dan ternyata prestasinya semakin meningkat dari masa ke semasa.

Francesco Bagnaia
Francesco Bagnaia

Pelumba muda ini melangkah masuk ke kelas MotoGP pada tahun 2019 bersama pasukan Pramac Racing dah telah mendapat tempat keempat di GP Australia. Tahun lalu, Pecco sekali lagi beraksi bersama pasukan satelit dan telah berjaya merebut podium pertamanya di litar Misano. Keputusan cemerlang dan dedikasi yang dipamerkannya telah memberikannya akses untuk bersama pasukan utama tahun ini. RR

Spesifikasi: Ducati Desmosedici GP 2021
Spesifikasi: Ducati Desmosedici GP 2021

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.

Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.