RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 17 Februari 2021

MotoGP: Pasukan Monster Energy Yamaha MotoGP 2021 Siap Sedia!

Pasukan Monster Energy Yamaha MotoGP 2021 dengan rasminya dilancarkan dengan menampilkan dua pesaing muda dan kompetitif iaitu Maverick Viñales (12) dan Fabio Quartararo (20) yang bakal mempamerkan kemampuan masing-masing menjelang bermulanya musim serba baru di Qatar pada bulan Mac nanti.

Fabio Quartararo 'kiri' & Maverick Vinales
Fabio Quartararo 'kiri' & Maverick Vinales

Tahun ini juga merupakan ulang tahun ke-60 pembabitan Yamaha dalam perlumbaan Grand Prix dan sudah semestinya pasukan Monster Energy Yamaha MotoGP akan bersungguh-sungguh untuk memulakan aksi Kejuaraan Dunia 2021 dengan cemerlang.

Yamaha YZR-M1 2021
Yamaha YZR-M1 2021

Kedua-dua pelumba ini bakal memacu jentera Yamaha YZR-M1 2021 yang mengekalkan skima warna dan rekabentuk grafik hampir sama seperti tahun lalu. Untuk musim 2021, pasukan Monster Energy Yamaha MotoGP telah bekerjasama dengan VR46 Racing Apparel sebagai pengeluar pakaian rasmi pasukan yang kesemua akan dilengkapi dengan logo jenama VR46 Racing.

Fabio Quartararo
Fabio Quartararo

Maverick Vinales: Mula menyertai pasukan utama Yamaha pada tahun 2017 dan serta merta mencipta kemenangan back-to-back pada perlumbaan awal dan berjaya meraih tempat ketiga keseluruhan pada tahun tersebut. Walaupun diuji dengan musim yang sukar, pelumba dari Sepanyol ini memiliki motivasi cukup tinggi untuk terus mendapat kemenangan.

Maverick Vinales
Maverick Vinales

Pada 2018, Maverick menamatkan cabaran di tangga keempat keseluruhan dan sekali lagi di tangga ketiga pada tahun 2019. Musim 2020 adalah paling mencabar untuk semua pelumba dan kali ini Maverick tamat di tangga keenam keseluruhan.

Fabio Quartararo: Pelumba muda yang sedang mencipta nama sejak melangkah masuk ke saingan MotoGP pada tahun 2019. Bersama pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing, Quartararo telah mendapat gelaran Rookie of the Year pada tahun pertamanya dan sudah tentu musim 2020 merupakan detik mulanya pelumba dari Perancis ini menunjukkan belang.

Fabio muncul juara pada perlumbaan sulung di Jerez dan mengulangi kecemerlangannya di saingan pusinga kedua yang dijalankan di litar yang sama. Kemenangan ketiga diraih di Catalunya sebelum prestasi agak menurun hingga ke penghujung musim. Fabio menamatkan cabaran 2020 di tangga kelapan keseluruhan.

Adakah gabungan Maverick dan Fabio bakal memberikan gelaran juara MotoGP buat Yamaha? Kita tunggu!!! RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.