RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 23 Februari 2021

MotoGP 2021: Marc Marquez & Pol Espargaro sedia gegar litar!

Selepas pasukan LCR Honda menampilkankan Alex Marquez dan Takaaki Nakagami sebagai pelumba mereka untuk saingan MotoGP musim ini, kini tibalah masa pasukan utama Repsol Honda pula dengan rasminya memperkenalkan Marc Marquez dan Pol Espargaro yang memikul tanggungjawab berat untuk mengembalikan kejuaraan kelas prima ke khemah pasukan Honda.

Walaupun diuji tahun lalu dengan pelbagai kesukaran yang terpaksa ditelan, pasukan Repsol Honda tidak pernah patah semangat dan kini bersedia melupakan segalanya untuk kembali melangkah maju ke hadapan. Marc Marquez akan bergandingan dengan rakan seperjuangannya iaitu Pol Espargaro yang telah terbukti memiliki kesungguhan tinggi untuk meraih kemenangan.

Marc Marquez 'kiri' & Pol Espargaro
Marc Marquez 'kiri' & Pol Espargaro

Untuk musim 2021 ini, casis jentera Honda RC213V telah dipertingkatkan dengan lebih tegar dan seimbang, dirancang dengan teliti untuk mencapai keserasian maksimum dalam semua keadaan. Kerangka aluminium spar-kembar bukan sahaja ringan tetapi juga memiliki kekukuhan serta ketahanan ideal untuk 'memikul' enjin yang berkuasa melebihi 180kW.

Marc Marquez sememangnya seorang pelumba yang memiliki hampir kesemuanya. Dia cukup pantas, berani, bijak dan amat berkebolehan untuk membawa jentera ke tahap maksimum dengan cukup mudah. Pelumba berumur 28 tahun ini memulakan kariernya dalam kelas prima pada tahun 2012 dengan menggantikan pelumba lagenda, Casey Stoner. Dari saat itu, Marc sentiasa memberi kejutan dengan prestasi dan persembahan yang mengagumkan.

Marc Marquez
Marc Marquez

Sehingga kini, Marc telah merangkul kejuaraan MotoGP sebanyak enam kali serta merupakan salah seorang daripada empat pelumba yang pernah memenangi juara keseluruhan dalam tiga kategori berbeza. Marc yang cedera teruk dalam saingan musim lalu sedang berada di fasa pemulihan yang memberangsangkan. Marc menyatakan dia sedia untuk beraksi ke litar walaupun sukar untuk mendapat rentak seperti dahulu di peringkat awal.

Pol Espargaro dilahirkan di Granollers, Sepanyol pada June 1991 dan telah menunjukkan kecenderungan dalam sukan motosikal sejak dari kecil lagi. Pada tahun 2006, Pol bermula dalam kelas 125cc selama lima musim sebelum melompat ke Moto2 pada tahun 2011. Kenangan manisnya ialah dengan muncul juara keseluruhan Moto2 pada tahun 2013 yang memberinya peluang untuk beraksi dalam kelas prima pada tahun 2014.

Pol Espargaro
Pol Espargaro
Jentera Honda RC213V milik Marc & Pol
Jentera Honda RC213V milik Marc & Pol

Tahun lalu Pol berjaya menamatkan saingan MotoGP di tangga kelima keseluruhan selepas meraih lima kemenangan podium yang cukup berharga. "Berada di dalam pasukan Repsol Honda adalah impian saya sejak dari kecil dan pastinya saya akan berjuang bermati-matian untuk memberi cabaran," kata Pol Espargaro. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.