RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 4 Mac 2021

Cub Prix 2021: Helmi Azman Buru Gelaran Juara Buat Kali Kedua

Juara CP150 2020, Mohd Helmi Azman telah mengesahkan akan terus kekal bersama pasukan SCK Honda Racing untuk menyahut cabaran baharu Kejuaraan Cub Prix Malaysia untuk musim 2021.

Helmi - Juara CP150 2020
Helmi - Juara CP150 2020

Pelumba berusia 22 tahun itu bakal memburu sasaran baru iaitu untuk menyertai kumpulan para pelumba elit yang pernah merangkul gelaran juara berturut-turut atau lebih daripada sekali dalam kategori prima. Pelumba kelas perdana terakhir yang berjaya merangkul dua gelaran berturut-turut ialah Ahmad Afif Amran pada tahun 2018 dan 2019.

Nama-nama besar lain yang telah mencapai kejayaan yang sama di sepanjang 27 tahun penganjuran kejuaraan cub prix Malaysia adalah seperti mendiang M. Meganathan, Chia Tuck Cheong , Allahyarham Norizman Ismail, Ahmad Fazli Sham, Ahmad Fuad Kamaruzaman dan Kasma Daniel Kasmayuddin.

Helmi meraih kejayaan sebagai Juara CP150 pada tahun lalu.
Helmi meraih kejayaan sebagai Juara CP150 pada tahun lalu.

"Saya sangat gembira memperbaharui kolaborasi saya dengan Hi Rev SCK Honda Racing Team. Saya yakin kita hampir 90% bersedia untuk musim baru. Yang saya harap, musim ini akan berjalan lancar tanpa sebarang gangguan, ”kata Helmi.

Selain itu, pasukan SCK Honda Racing Team turut memperbaharui kontrak bersama pelumba muda, Izam Ikmal Izamli yang telah menunjukkan prestasi luar biasa pada musim lalu. Barisan pelumba CP150 pasukan SCK Racing akan terdiri daripada tiga pelumba. Namun begitu, identiti pelumba ketiga masih belum dapat dipastikan lagi. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.