RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 5 Mac 2021

MotoGP: Pasukan Aprilia Racing Gresini - Lorenzo Savadori sah ganti Iannone, Aleix Espargaro kekal

Pasukan Aprilia Racing Gresini dilancarkan untuk saingan musim 2021 sekaligus mengenalkan kita dengan pelumba terbaru mereka iaitu Lorenzo Savadori yang dipilih untuk menggantikan Andrea Iannone yang digantung selepas gagal ujian doping tahun lalu.

Pelumba utama mereka, Aleix Espargaro terus diberi kepercayaan untuk menggalas cabaran bersama jentera Aprilia RS-GP baru yang memiliki prestasi lebih mantap. Para jurutera telah bekerja keras untuk kekal kompetitif di samping menerapkan ciri-ciri dan inovasi terkini. Antara pembaharuan yang nampak jelas ialah menerusi rekabentuk lebih earodinamik dan lengan ayun karbon. Yang lainnya tersembunyi di bawah 'fairing'!

Aleix Espargaro: “Ini merupakan tahun kelima saya bersama Aprilia dan sudah menjadi bagaikan keluarga kedua. Kali pertama merasai RS-GP ini memang positif. Seluruh pasukan bekerja keras sepanjang musim sejuk untuk memantapkan jentera ini tetapi masih banyak yang perlu dilakukan. Untuk berada di tahap tertinggi, keadaan fizikal dan mental perlu berada di tahap tertinggi. Kami telah bersedia!

Aleix Espargaro
Aleix Espargaro

Lorenzo Savadori: “Saya amat berterima kasih buat Aprilia atas peluang ini dan masih banyak perlu dipelajari. Saingan MotoGP sememangnya cukup sukar. Menerusi sesi ujian dan bersaing dalam tiga perlumbaan tahun lalu, ia telah memberikan saya pengalaman penting untuk menambah keyakinan pada jentera serta tahap cengkaman tayarnya.”

Lorenzo Savadori
Lorenzo Savadori

“Saya akan lakukan yang terbaik demi pasukan dan mendiang Fausto Gresini Racing yang sentiasa memberi kepercayaan dan nilai positif pada saya. Segala apa yang telah beliau ajar akan saya guna sebaik-baiknya untuk karier.”

Info: Baru-baru ini, dunia MotoGP telah dikejutkan dengan kehilangan bekas juara, pencinta motosikal dan pengasas Gresini Racing iaitu Fausto Gresini yang meninggal dunia pada usia 60 tahun akibat Covid-19.

Kenangan Jorge Martin (kiri) dan Fausto meraikan kejayaan dalam saingan Moto3 2020.
Kenangan Jorge Martin (kiri) dan Fausto meraikan kejayaan dalam saingan Moto3 2020.

Beliau dikatakan mula menunjukkan tanda-tanda gejala penyakit sebelum sambutan perayaan Hari Krismas. Tahap kesihatannya semakin menurun dan memerlukan rawatan rapi di Wad Covid-10, Hospital Bologna. Di sini, beliau terus diberi pemantauan dan rawatan sehinggalah ke nafasnya yang terakhir. Maklumat lanjut: http://www.gresiniracing.com RR

Isu Pada

April 2016

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.