RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 8 Mac 2021

MotoGP: Suzuki Ecstar 2021: Mampukah mereka pertahankan kejuaraan?

Suzuki Motor Corporation dengan rasminya melancarkan pasukan mereka iaitu Suzuki Ecstar untuk saingan MotoGP 2021. Kombinasi antara dua jaguh mereka iaitu Joan Mir dan Alex Rins cukup digeruni selepas meraih kecemerlangan dan pemilikan takhta mutlak Juara MotoGP 2020 menerusi Joan Mir dan pemenanag tempat ketiga keseluruhan, Alex Rins.

Jentera GSX-RR 2021 yang baru dilancarkan ini telah diberi rekacorak menarik dan pembangunan prestasi enjin yang lebih mengagumkan. Pihak Suzuki yakin dengan kepakaran serta kerja keras para jurutera mereka, jentera GSX-RR 2021 mampu mencabar setiap pasukan yang bertanding.

Joan Mir, Juara MotoGP 2020
Joan Mir, Juara MotoGP 2020

Joan Mir: “Cabaran tahun ini pastinya sengit kerana setiap pesaing akan memberikan yang terbaik. Walaupun sebagai juara bertahan, saya tidak meletakkan diri saya sebagai pelumba kegemaran kerana masih banyak perkara perlu dilakukan dan dicapai. Saya masuk ke musim 2021 sebagai pelumba yang perlu ditewaskan dan walaupun diberi tekanan, jujurnya saya tidak kisah. Saya melihatnya sebagai suatu yang positif”

Joan Mir di sesi ujian rasmi Qatar 2021
Joan Mir di sesi ujian rasmi Qatar 2021

“Musim ini sekali lagi akan mengulangi apa yang terjadi tahun lalu kerana dunia masih dibelenggu dengan penularan Covid-19. Saya berharap keadaan akan bertambah baik bukan saja untuk pasukan ini tetapi juga untuk semua keluarga MotoGP.”

Alex Rins: “Seronok dapat kembali semula ke litar. Saya telah berlatih dengan sebaiknya menggunakan jentera litar saya dan saya rasa tahun ini sekali lagi akan memberikan kemputusan yang baik. Kami mempunyai pasukan dan jentera yang kuat. Kami sudah sedia untuk bertarung kerana jentera baru ini memiliki keupayaan untuk menjadi juara.”

Alex Rins
Alex Rins
Alex Rins selesa bersama jentera Suzuki GSX-RR 2021
Alex Rins selesa bersama jentera Suzuki GSX-RR 2021

Enjin: 4 lejang, sistem penyejuk cecair, DOHC, 4 injap
Isipadu: 1,000cc
Kuasa maksimum: melebihi 176kw (240 PS)
Casis: Spar-kembar aluminium
Kotak gear: 6 kelajuan
Laju maksimum: lebih daripada 340km/j
Tayar depan/beakang: Michelin 17” / 17”
P x L x T: 2,096mm x 720mm x 1,140mm
Tapak Roda: 1,457mm
Saspensi hadapan: fork terbalik Öhlins
Saspensi belakangL Öhlins
Brek: Cakera karbon/keluli Brembo
Perisian: Magneti Marelli
Berat: 157kg

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.