RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 25 Mac 2021

WSBK 2021: Carla Grau Pi: Satu-satunya pengurus pasukan wanita di paddock WSBK

Pasukan Kawasaki Provec WorldSSP300 telah mengumumkan Carla Grau Pi, satu-satunya wanita berstatus pengurus pasukan dan bertanggungjawab untuk mengendali pasukan perlumbaan di Kejuaraan World Superbike. Carla juga mencipta sejarah sebagai wanita pertama dalam dunia lumba motosikal memegang tugas tersebut.

Carla (kanan) gembira & berbangga dengan perlantikan sebagai pengurus pasukan.
Carla (kanan) gembira & berbangga dengan perlantikan sebagai pengurus pasukan.

Carla merupakan bekas juara dan jurulatih ski di Sepanyol. Berusia 22 tahun, berasal dari Bellaterra dan sedang menamatkan kursus dalam bidang Pengurusan Sukan di Universiti Ramon Llull di Barcelona. Carla telah menjadi sebahagian daripada keluarga pasukan Provec Racing untuk jangka masa yang agak lama.

Dia bertanggungjawab dalam masalah komunikasi dan sebagai bantuan kepada pelumba utama pasukan ini iaitu Ana Carrasco. Carla mula menunggang menunggang motosikal sejak berusia lima tahun dan memang tidak asing lagi dalam dunia dua roda.

Ana Carrasco
Ana Carrasco

Turut bersama Carla memantapkan pasukan tersebut ialah Silvia Sanchez (Koordinator Pasukan Superbike KRT), Eva Blanquez (Koordinator Komunikasi), Mara Soto (Juruteknik tayar Jonathan Rea) dan Txell Baró (rekabentuk/kreatif). RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.