RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 14 Jun 2021

WSBK 2021: Toprak Razgatlioglu Beri Kemenangan Berharga Buat Yamaha

Selepas akur dengan kekalahan dalam saingan Perlumbaan 1, Toprak Razgatlioglu dari pasukan Pata Yamaha with BRIXX WorldSBK berjaya mendapatkan semula kemenangan yang dicarinya dengan meranapkan harapan pelumba Ducati, Michael Ruben Rinaldi untuk melakukan kemenangan berganda.

Toprak Razgatlioglu '54' pamer tunggangan yang mantap untuk bergelar juara.
Toprak Razgatlioglu '54' pamer tunggangan yang mantap untuk bergelar juara.
Toprak 'kiri' dan Rinaldi sempat bergurau sebaik sahaja tiba di Parc Ferme.
Toprak 'kiri' dan Rinaldi sempat bergurau sebaik sahaja tiba di Parc Ferme.

Perlumbaan bermula sengit. Razgatlioglu membuat serangan agresif untuk mencabar Rinaldi menyebabkan  ruang terbuka untuk Jonathan Rea memintas dari dalam. Rinaldi kemudiannya berjaya mengatasi pelumba sensasi dari Turki itu dan segera merapati Rea. Tidak lama selepas berjaya mengatasi lawannya itu, Rinaldi melakukan kesilapan membolehkan Rea bertindak balas.

Razgatlioglu memberi tekanan kepada Rea di selekoh lapan dan berjaya memintas untuk merebut tempat kedua. Dia segera mengarahkan pandangannya pada Rinaldi yang berada di depan dan memerah kuasa Yamaha YZF-R1 sehabis-habisnya untuk mencari kemenangan pertama pada kempen 2021. Razgatlioglu akhirnya berjaya 'menangkap' Rinaldi di selekoh 14, dalam lap kelapan dan terus menghukum pelumba Ducati itu lalu untuk dinobatkan sebagai juara.

Para pemenang Perlumbaan 2 WSBK. Dari kiri: Michael Ruben Rinaldi, Toprak Razgatlioglu dan Jonathan Rea.
Para pemenang Perlumbaan 2 WSBK. Dari kiri: Michael Ruben Rinaldi, Toprak Razgatlioglu dan Jonathan Rea.
Jonathan Rea '1' masih di tangga teratas keseluruhan dengan 149 mata.
Jonathan Rea '1' masih di tangga teratas keseluruhan dengan 149 mata.

Di belakang, Rea cuba memberikan tekanan kepada Rinaldi tetapi pelumba dari Itali itu mampu menahan kemaraan jaguh dunia bersama Kawasaki ZX-10RRnya untuk tamat di tempat kedua. Tahniah buat Razgatlioglu dan Yamaha atas kemenangan ini dan semakin merapatkan jurang mata dengan hanya 20 mata di belakang Jonathan Rea. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.