RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 27 September 2021

Toprak Razgatlioglu Menang Di Jerez. Kini di tangga teratas WSBK...

Litar Jerez, Sepanyol: Pelumba dari Turki, Toprak Razgatlioglu (Pata Yamaha with Brixx WorldSBK) kini berada di tangga tertinggi carta keseluruhan dengan kelebihan 20 mata berbanding penyandang juara, Jonathan Rea dari Kawasaki Racing Team WorldSBK. Perubahan kedudukan utama kejuaraan ini terhasil selepas Toprak berjaya meraih kemenangan dalam kedua-dua saingan dengan menewaskan Rea dalam Perlumbaan 1 dan Scott Redding dalam saingan kedua.

Toprak Razgatlioglu '54' pamer ketangkasan untuk tewaskan para pencabarnya.
Toprak Razgatlioglu '54' pamer ketangkasan untuk tewaskan para pencabarnya.

Perlumbaan 1: Walaupun bermula di petak ketiga, Rea dapat mencari peluang bagi memintas Alex Lowes dan Toprak untuk berada di depan. Melihat akan kepantasan pencabarnya, Toprak cuba untuk memberi saingan tetapi juara bertahan itu memiliki rentak yang cukup baik untuk kekal di posisinya.

Jonathan Rea '1' diberi tekanan hebat oleh Andrea Locatelli '55'.
Jonathan Rea '1' diberi tekanan hebat oleh Andrea Locatelli '55'.
Scott Redding '45' berjaya menahan serangan rakan sepasukannya Ruben Rinaldi untuk muncul naib juara dalam Perlumbaan 2.
Scott Redding '45' berjaya menahan serangan rakan sepasukannya Ruben Rinaldi untuk muncul naib juara dalam Perlumbaan 2.

Toprak mengekori dari belakang sambil mengacah beberapa kali dan ketika perlumbaan berbaki enam lap sahaja lagi, peluang terbaik akhirnya tiba. Toprak menyerang di selekoh dari dalam dan berjaya mengenepikan pelumba Kawasaki itu. Rea tidak akan menyerah kalah! Dia terus mengejar dan mengerahkan seluruh tenaganya untuk merampas kedudukan tetapi setiap usahanya itu digagalkan oleh Toprak dengan kawalan jentera yang tenang.

Dalam saingan kedua pula, Toprak bermula denga baik untuk tiba ke selekoh pertama lebih awal daripada para pelumba lain. Rea yang ingin membalas dendam selepas tewas dalam saingan awal, mencabar dengan lebih agresif di Selekoh 6 tetapi masih gagal untuk memintas.

Alvaro Bautista '19' berjaya mendapatkan podium keduanya musim ini.
Alvaro Bautista '19' berjaya mendapatkan podium keduanya musim ini.
Saingan yang cukup sengit di antara Toprak '54', Jonathan '1', Scott '45' dan Andrea Locatelli '55' ketika saingan kedua bermula.
Saingan yang cukup sengit di antara Toprak '54', Jonathan '1', Scott '45' dan Andrea Locatelli '55' ketika saingan kedua bermula.
Jonathan Rea kini menerima cabaran sengit daripada pelumba muda dari Turki.
Jonathan Rea kini menerima cabaran sengit daripada pelumba muda dari Turki.

Ketika Toprak kekal di hadapan, Rea pula diasak dan kemudiannya ditewaskan oleh dua pelumba 'rumah merah' iaitu Scott Redding dan Michael Ruben Rinaldi. Nasib Rea semakin 'parah' apabila dia dipintas pula oleh dua lagi pelumba iaitu Alvaro Bautista dan Andrea Locatelli.

Para pemenang Perlumbaan 1. Dari kiri: Jonathan Rea, Toprak Razgatlioglu dan Scott Redding.
Para pemenang Perlumbaan 1. Dari kiri: Jonathan Rea, Toprak Razgatlioglu dan Scott Redding.

Scott bukan sahaja berjaya mengejar malah dapat mencuri tumpuan apabila berjaya memintas Toprak. Sayangnya kedudukan itu hanya mampu bertahan buat seketika kerana Toprak benar-benar bersemangat untuk mencipta kemenangan keduanya untuk raih mata berharga.

Dengan kelebihan hanya 0.1113 saat, Toprak Razgatlioglu muncul juara buat kali kedua di Litar Jerez kali ini menewaskan Scott Redding. Tahniah juga buat pelumba pasukan Honda Racing Team, Alvaro Bautista yang meraih tempat ketiga. RR

Kedudukan terkini selepas pusingan 10

  •  Toprak Razgatlioglu        Yamaha      449 mata
  •  Jonathan Rea                  Kawasaki   429 mata
  •  Scott Redding                  Ducati        375 mata
  •  Michael Ruben Rinaldi     Ducati        227 mata
  •  Andre4a Locatelli             Yamaha     227 mata

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.