RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 4 Oktober 2021

Kasma Daniel Kembali ke Podium

Pelumba dari Pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor, Kasma Daniel Kasmayuddin kembali ke podium di pusingan keenam Kejuaraan Cub Prix Malaysia 2021 yang berlangsung di Litar Permotoran Terengganu.

Perebutan tempat pertama di antara Kasma dan Azroy.
Perebutan tempat pertama di antara Kasma dan Azroy.

Kasma memulakan perlumbaan di baris kedua. Beliau memanfaatkan lima lap pertama untuk berada rapat dengan kelompok hadapan yang dipimpin oleh Azroy Hakeem dan Mohd Akid Aziz. Tiba sahaja di belakang Akid, Kasma mengambil peluang untuk memintas pelumba dari pasukan ONEXOX TKKR Racing Team itu.

Pada lap kesembilan, Kasma mula merapati pemimpin perlumbaan, Azroy. Pusingan demi pusingan jarak antara Kasma dan Azroy semakin rapat. Kasma mula mengatur strategi mencari ruang untuk memintas pelumba tersebut. Peluang akhirnya muncul di lap terakhir di mana Kasma berjaya memintas Azroy di selekoh pertama.

Pelumba Pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor itu berjaya mengekalkan kedudukan sehingga melepasi garisan penamat untuk berada di tempat pertama dengan catatan masa 16'33.906s. Azroy pula terpaksa akur di tempat kedua dengan 0.083 saat di belakang Kasma dan kedudukan ketiga dimenangi oleh Mohd Akid Aziz dengan catatan masa 16'37.192s.

Ini merupakan kemenangan pertama buat Kasma Daniel sejak Disember 2018 selepas kepulangannya dari kejuaraan dunia MotoGP.

Dari kiri: Azroy, Kasma & Mohd Akid, para pemenang pusingan keenam CP150.
Dari kiri: Azroy, Kasma & Mohd Akid, para pemenang pusingan keenam CP150.

Walaupun berada di tempat kedua, Azroy masih mendahului kedudukan pertama keseluruhan CP150 dengan 103 mata. Pelumba tuan rumah, Ahmad Afif Amran kekal di tangga kedua dengan kutipan 71 mata manakala Mohd Akid Aziz naik ke kedudukan ketiga dengan mata keseluruhan 70 mata.

Dari kiri: Mohd Firdaus Mohd Hamdan, Adib Rosley & Mohd Harith Farhan meraikan kemenangan mereka dalam kategori CP125.
Dari kiri: Mohd Firdaus Mohd Hamdan, Adib Rosley & Mohd Harith Farhan meraikan kemenangan mereka dalam kategori CP125.

Dalam perkembangan lain, Mohd Adib Rosley dari pasukan Ipone Yamaha YY Pang Racing Team dan Mohd Harith Haziq Zamri dari pasukan Castrol Power1 Honda Team menamatkan perlumbaan mereka di pusingan kelima dan keenam dengan dua kemenangan setiap sorang dalam kategori CP125 dan Wira KBS masing-masing. RR

Para pemenang Wira KBS, dari kiri: Mohd Farid Hakimi, Mohd Harith Haziq & Mohd Aqil Danial.
Para pemenang Wira KBS, dari kiri: Mohd Farid Hakimi, Mohd Harith Haziq & Mohd Aqil Danial.

Keputusan pusingan keenam

CP150

  1. Kasma Daniel Kasmayudin (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor), 16’33.906s
  2. Azroy Hakeem Anuar (Honda, Honda Yuzy Idemitsu Team), 16’33.989s
  3. Mohd Akid Aziz (Yamaha, ONEXOX TKKR Racing Team), 16’37.192s

CP125

  1. Mohd Adib Rosley (Yamaha, Ipone Yamaha YY Pang Racing Team), 13’12.619s
  2. Mohd Firdaus Mohd Hamdan (Honda, Moto1 Koyoko Honda KC Racing Team), 13’12.759s
  3. Mohd Harith Farhan Baharin (Yamaha, Tuneboss Pink Racing), 13’16.066s

WIRA KBS

  1. Mohd Harith Haziq Zamri (Honda, Castrol Power1 Honda Team), 10’40.218s
  2. Mohd Farid Hakimi Farid Sezli (Honda, Idemitsu DFZ Yam Honda Racing), 10’40.530s
  3. Mohd Aqil Danial Nasrul (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha-31 Racing), 10’48.591s

Kedudukan keseluruhan

CP150

  1. Azroy Hakeem Anuar (Honda, Honda Yuzy Idemitsu Team) - 103 pts
  2. Ahmad Afif Amran (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing) - 71 pts
  3. Mohd Akid Aziz (Yamaha, ONEXOX TKKR Racing Team) - 70 pts

CP125

  1. Mohd Adib Rosley (Yamaha, Ipone Yamaha YY Pang Racing Team) - 114 pts
  2. Mohd Fareez Afeez Abd Rahman (Yamaha, Ipone Yamaha YY Pang Racing Team) - 94 pts
  3. Mohd Syafiq Rosli (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) - 89 pts

WIRA KBS

  1. Mohd Aqil Danial Nasrul (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha-31 Racing) - 107 pts
  2. Mohd Harith Haziq Zamri (Honda, Castrol Power1 Honda Team) - 99 pts
  3. Danial Johan (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha-31 Racing) - 91 pts

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.