RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 26 Oktober 2021

Perlumbaan Yamaha R7 Akan Diperkenalkan di Eropah Tahun Hadapan

Yamaha Motor Europe baru sahaja mengumumkan pengenalan kepada siri perlumbaan terbaru, Yamaha R7 Cup yang akan dijalankan di seluruh Eropah pada tahun 2022. Menerusi siri perlumbaan ini, seramai 36 orang pelumba akan dipilih untuk menyertai perlumbaan SuperFinale yang akan diadakan di salah satu perlumbaan akhir FIM Superbike World Championship 2022.

Siri Yamaha R7 Cup, akan diuruskan oleh para pengedar Yamaha di Eropah dengan memberi fokus kepada tahap penglibatan kos dan mudah diakses. Saingan ini terbuka untuk para pelumba sedia ada, dan juga buat para penunggang yang ingin mengembarang bakat ke arena yang lebih kompetitif.

Siri Yamaha R7 ini juga bukanlah untuk tujuan perlumbaan semata-mata malah ia adalah untuk memberikan kenangan dan memori indah buat para pelumba untuk selamanya. Para pelumba yang terpilih nanti akan berpeluang berada di paddock bersama bintang-bintang WorldSBK dan berjumpa dengan para pelumba dalam ketiga-ketiga kategori dengan lebih dekat. Kakitangan Yamaha akan bersedia untuk menawarkan bimbingan dan nasihat kepada semua pelumba.

Yamaha R7 dipilih kerana ia merupakan sebuah jentera yang tangkas, pantas dan sudah tentu menarik. Dengan enjin silinder kembar 689cc, serta gabungan prestasi Genuine Yamaha Technology Racing (GYTR), Yamaha R7 adalah jentera yang berprestasi tinggi.

Lokasi dan tarikh perlumbaan siri Yamaha R7 akan diumumkan dari masa ke semasa. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700