RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 22 November 2021

Toprak Razgatlioglu - Juara WorldSBK Terbaru, Leburkan Dominasi Jonathan Rea.

Selepas mengharungi musim yang cukup mendebarkan, pelumba pasukan PATA Yamaha with Brixx WorldSBK, Toprak Razgatlioglu dari Turki kini sah bergelar juara dunia untuk saingan WSBK 2021. Kejayaan penuh bersejarah ini dicipta di perlumbaan akhir yang diadakan di Pertamina Mandalika International Street Circuit, Indonesia.

Perlumbaan akhir WorldSBK berlangsung di arena lumba terbaru iaitu Litar Pertamina Mandalika, Indonesia.
Perlumbaan akhir WorldSBK berlangsung di arena lumba terbaru iaitu Litar Pertamina Mandalika, Indonesia.
Toprak Razgatlioglu dengan gayanya yang cukup mantap!
Toprak Razgatlioglu dengan gayanya yang cukup mantap!
Hujan yang sangat lebat membuatkan perlumbaan terpaksa ditangguh seketika.
Hujan yang sangat lebat membuatkan perlumbaan terpaksa ditangguh seketika.

Seperti yang kita tahu, Jonathan Rea telah mendominasi saingan kelas prima sudah begitu lama sekali. Selama enam tahun jaguh Kawasaki ini meraih kemenangan tanpa menerima cabaran sengit daripada para pelumba lain. Namun begitu, segalanya berubah pada tahun ini apabila pelumba dari Turki, Toprak Razgatlioglu mula mencatat masa yang mengagumkan dari masa ke semasa.

Scott Redding di tangga ketiga keseluruhan dengan 501 mata.
Scott Redding di tangga ketiga keseluruhan dengan 501 mata.

Akhirnya segala usahanya berhasil apabila dia meraih posisi yang semakin mantap bermula di Estoril pada bulan Mei lalu. Toprak berjaya meraih kemenangan sulungnya pada perlumbaan pusingan keempat di United Kingdom tetapi Rea kembali membuktikan keunggulannya di pusingan kelima dengan memenangi semua perlumbaan manakala Toprak hanya mampu untuk berada di tangga ketiga.

Jonathan Rea '1' berjaya mendapatkan kemenangan dalam kedua-dua perlumbaan di Litar Mandalika, Indonesia.
Jonathan Rea '1' berjaya mendapatkan kemenangan dalam kedua-dua perlumbaan di Litar Mandalika, Indonesia.
Para pemenang saingan kedua WSBK. Dari kiri: Scott Redding, Jonathan Rea & M. Van der Mark.
Para pemenang saingan kedua WSBK. Dari kiri: Scott Redding, Jonathan Rea & M. Van der Mark.
Toprak cuba menahan kemaraan Rea '1', Axel Bassani '47' & Scott Redding '45'.
Toprak cuba menahan kemaraan Rea '1', Axel Bassani '47' & Scott Redding '45'.

Toprak kembali merebut mata penuh pada perlumbaan pusingan keenam dan kemudiannya takhta kejuaraan ini turut menjadi rebutan pelumba Ducati, Scott Redding. Pelumba berusia 28 tahun membuat kejutan dengan meraih kemenangan di beberapa pusingan.

Pada pusingan akhir (Litar Mandalika), Rea telah memenangi kedua-dua perlumbaan manakala Troprak hanya berupaya untuk menamatkan saingan di tempat kedua dalam Perlumbaan 1 dan keempat dalam saingan kedua.

M. Van der Mark '60' berjaya memintas Toprak untuk meraih tempat ketiga dalam Perlumbaan 2.
M. Van der Mark '60' berjaya memintas Toprak untuk meraih tempat ketiga dalam Perlumbaan 2.
Andrea Locatelli '55' menamatkan musim 2021 di tangga keempat keseluruhan.
Andrea Locatelli '55' menamatkan musim 2021 di tangga keempat keseluruhan.
Alvaro Bautista meraih tempat ke-10 dalam saingan kedua di GP Indonesia.
Alvaro Bautista meraih tempat ke-10 dalam saingan kedua di GP Indonesia.

Apa pun, kedudukan tersebut sudah mencukupi buat Toprak Razgatlioglu mendapatkan 564 mata dan meletakkan dirinya sebagai pelumba termuda ketiga yang bergelar juara dunia di usia 25 tahun, 1 bulan dan 5 hari selepas James Toseland (2004) dan Troy Corser pada tahun 1996. Tahniah buat Toprak dan pasukan Yamaha atas kejayaan ini. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.