RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 4 Januari 2022

Rekaan Aerodinamik dan Kaedah Pembangunan Baru Jentera WSBK

Pengulas WorldSBK, Steve English mendalami kaedah pembangunan jentera WorldSBK yang melibatkan percetakan 3D dan Computational Fluid Dynamics lebih kini moden serta tepat daripada sebelumnya. Ikuti pengalaman beliau.

Membangunkan sebuah motosikal memang tidak mudah. Ia merangkumi kos pengeluaran, etos sesebuah syarikat dan pelbagai faktor lain yang semuanya perlu dipertimbangkan sebelum satu-satu syarikat pengeluar itu meletakkan model baru dalam produksi.

Berlumba? Ia asasnya bukanlah dalam senarai keutamaan bagi kebanyakan pengeluar tetapi segalanya telah berubah dari masa ke semasa. Untuk lahirkan jentera lumba, fokus pembangunan utama adalah dari segi prestasi jentera itu di litar.

BMW kembali ke WSBK pada tahun 2019 dengan model S 1000 RR tetapi dua tahun kemudian, mereka memperkenalkan jentera lebih mantap iaitu M 1000 RR yang lebih canggih, berkuasa, ringan serta lengkap dengan sayap aerodinamik. Ducati merupakan pengeluar pertama yang menggunakan sayap dan kemudianmenjadikannya sebahagian daripada fairing untuk motosikal pengeluaran. Kelebihan sayap ini adalah untuk menghasilkan daya ke bawah (downforce) agar motosikal kekal di permukaan litar sewaktu penunggang meningkat kelajuan.

Terdapat banyak lagi kaedah untuk menambah kemantapan sesebuah jentera lumba itu. Dengan penggunaan Computational Fluid Dynamics (CFD) membolehkan para jurutera merekabentuk serta membangunkan bahagian-bahahgian motosikal dengan tepat agar dapat berinteraksi dengan dunia sekelilingi. Ia adalah alat simulasi yang sebelum ini perlu dilakukan di dalam terowong angin.

Pada masa lalu, seseorang pelumba itu perlu hadir dan berada di atas jentera agar krew pasukan dapat menilai tahap pengaliran udara pada kelajuan yang berbeza. Terkini, hanya dengan menggunakan percetakan 3D, setiap pasukan dapat menghasilkan model replika penunggang dengan tepat. Begitu tepat sehingga logo dan rekaan sut lumba disertakan sekali.

Dalam dunia WSBK, alan ganti dan bahagian motosikal yang perlu dibuat akan melibatkan kos dan untuk mengurangkannya, percetakan 3D amat diperlukan. Hanya dalam masa 48 jam, pasukan-pasukan dapat menghasilkan segala yang diperlukan dengan kaedah percetakan moden ini. Ini cepat, tepat dan lebih jimat.

Dengan penciptaan model yang tepat serta pantas, pasukan boleh menilai dan mengkali kemantapan alat ganti baru dengan cepat. Dari segi aerodinamik, ini amat penting dengan setiap motosikal yang akan berada di petak grid tahun ini.

BMW, Honda dan Ducati semuanya mempunyai sayap yang ketara pada motosikal masing-masing manakala Kawasaki dan Yamaha telah membangunkan penyelesaian untuk mengawal aliran udara dengan lebih efisien atas sebab yang sama. Kita tengok nanti pembangunan teknologi pasukan mana lebih mantap? RR

Isu Pada

Februari 2022

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.