RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 18 Januari 2022

Marc Marquez Semakin Pulih. Sudah Kembali Bermotor!

Beberapa hari selepas kembali 'meloncat' ke atas motosikal di trek motocross, proses pemulihan pelumba Repsol Honda, Marc Marquez maju setapak lagi dengan kemampuannya menunggang jentera Honda RC213V-S di Litar Portimao, Portugal.

Buat pertama kalinya sejak memenangi Grand Prix Emilia Romagna pada 24 Oktober 2021 yang lalu, Marc Marquez kembali ke litar perlumbaan (secara tertutup) untuk menilai perkembangan dan peningkatan masalah diplopianya. Marc telah melengkapkan 65 pusingan di sepanjang hari tersebut, Marquez dan pasukannya dapat menilai lagi keadaan semasanya menjelang Kejuaraan MotoGP Dunia 2022.

Juara Dunia lapan kali itu sangat gembira selepas dapat menunggang semula selepas terpaksa berehat lama. Marquez tidak melaporkan sebarang kebimbangan besar dengan diplopia pada siang hari dan ini membuatkannya gembira dan optimis dengan prestasi hari itu.

"Saya berasa sangat gembira kerana dapat kembali ke litar dan saya juga berkesempatan menguji kemampuan diri menerusi jentera motocross. Ia adalah perasaan yang hebat, sangat lega selepas saya tidak mengalami sebarang ketidakselesaan dengan penglihatan saya sewaktu menunggang. Memandangkan saya sudah lama tidak menunggang, saya dapati keadaan fizikal agak  lemah dan sudah sedikit menurun. Banyak lagi latihan yang perlu saya sempurnakan," kata Marc.

Perhatian kini beralih kepada ujian pra-musim pertama di Litar Antarabangsa Sepang pada awal Februari nanti, Marquez berusaha untuk cergas dan bersedia untuk kembali memacu jentera RC213V miliknya. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.