RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 4 Mac 2022

Menjelang Saingan GP Indonesia. Usaha Penurapan Semula Giat Dijalankan

Ketika berlangsungnya sesi ujian rasmi pra-musim MotoGP 2022, pihak FIM, Dorna dan Indonesia Tourism Development Corporation (ITDC) telah bersetuju untuk meningkatkan kualiti litar di dua kawasan yang telah dikenal pasti. Dalam masa yang sama maklum balas daripada pelumba dan pasukan mengenai rekaan litar dan piawaian keselamatannya cukup positif.

kredit foto: MotoGP
kredit foto: MotoGP

Proses penurapan tersebut hanya perlu dilakukan di Selekoh 5 dan Selekoh 16 atau sekitar 30% daripada keseluruhan litar. Namun begitu, skala pekerjaan meliputi kerja-kerja pembersihan, pembangunan laluan baru luar litar dan banyak lagi.

Untuk mencepatkan proses ini, pihak pemerintah Indonesia telah memberhentikan untuk sementara kerja-kerja pembinaan di sebuah lapangan terbang di Jakarta. Ini bertujuan untuk memindahkan kesemua alatan kerja pembinaan berat dan moden ke Lombok.

kredit foto: tmcblog.com
kredit foto: tmcblog.com
kredit foto: tmcblog.com
kredit foto: tmcblog.com

Menerusi gambar-gambar yang dikongsikan, kelihatan kerja penurapan sedang dilakukan dengan pantas. Ini berikutan perlumbaan pusingan 2 MotoGP yang dijadualkan akan diadakan di litar tersebut pada 20 Mac 2022 nanti. RR

Info & Kredit Foto: https://tmcblog.com/

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.