RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 24 Mac 2022

Malaysia Sah Anjurkan MotoGP sehingga 2024 Dengan Petronas Sebagai Penaja Utama

Dorna Sports berbesar hati mengesahkan bahawa Litar Antarabangsa Sepang (SIC) akan kekal dalam kalendar Kejuaraan FIM MotoGP sekurang-kurangnya sehingga tahun 2024 nanti dan pada masa yang sama, semua pihak turut sudah berbincang untuk melanjutkan perjanjian sehingga 2026.

Carmelo Ezpeleta 'kiri' & Datin Anita Azrina Abdul Aziz.
Carmelo Ezpeleta 'kiri' & Datin Anita Azrina Abdul Aziz.

Dorna Sports juga mengumumkan kerjasama baru bersama Petronas yang bakal menjadi penaja utama. Bermula pada tahun ini, ia akan dinamakan secara rasmi sebagai GRAND PRIX MALAYSIA PETRONAS.

Bagi pihak Petronas pula, status selaku penaja utama ini adalah satu peningkatan selepas perkongsian sedia ada dengan Dorna Sports selama ini sebagai pembekal bahan api rasmi untuk saingan Moto2 dan Moto3.

Juara MotoGP 2021, Fabio Quartararo beraksi di SIC pada sesi ujian rasmi tempohari.
Juara MotoGP 2021, Fabio Quartararo beraksi di SIC pada sesi ujian rasmi tempohari.

Sejak dari tahun 1999, Sepang sentiasa menjadi litar kegemaran buat para peminat dan pelumba. SIC menawarkan dua laluan lurus panjang yang dapat memperlihatkan kita dengan daya pecutan luar biasa jentera-jentera yang memberi saingan. Litar ini juga menggabungkan selekoh-selekoh mantap serta lengkap dengan kompleks Grandstand utama yang mengagumkan.

Perjanjian baharu di antara Litar Antarabangsa Sepang dan Dorna Sports menjanjikan masa depan cerah untuk saingan Grand Prix yang sentiasa menjadi tempat pertemuan para pencinta motosikal khususnya MotoGP dari seluruh dunia. Untuk info dan tiket, layari: https://www.sepangcircuit.com/home RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700