RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 30 Mac 2022

Hafizh Syahrin Cuba Jentera WSBK Honda CBR-1000RR-R Fireblade

Menjelang perlumbaan pertama saingan WorldSBK 2022 yang membuka tirainya di Litar Aragon kira-kira seminggu sahaja lagi, pelumba negara Hafizh Syahrin telah memulakan misi dan episod baru dalam kariernya bersama pasukan MIE Honda Team.

Dalam sesi ujian yang diadakan di Litar Barcelona-Catalunya baru-baru ini, Hafizh menyatakan bahawa dia cukup mengagumi kemampuan dan prestasi jenteranya Honda CBR1000RR-R Fireblade. Dalam sesi ujian tersebut, Hafizh terpaksa berhadapan dengan cuaca yang berubah-ubah.

Hari Jumaat menyaksikan cuaca yang agak cerah dan cukup kering tetapi kemudiannya berubah menjadi mendung serta sejuk pada pagi Sabtu dan berterusan hingga ke sebelah petang.

Rakan sepasukannya Leandro 'Tati' Mercado juga berada di garaj untuk menunggang uji jentera versi 2022 yang telah dibangunkan oleh krew pasukan sepanjang musim sejuk khususnya dalam pelbagai aspek termasuklah komponen.

Pasukan MIE Honda Racing itu akan kembali menyempurnakan sesi ujian pada hujung minggu ini (4-5 April) dan ini adalah untuk memastikan segala talaan dan persediaan berjalan dengan lancar sebelum bermulanya saingan WSBK pada 8-10 April nanti. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Warta Roda

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. (Mforce), telah menganjurkan Majlis Penyerahan Motosikal bagi Program Proof of Concept (PoC) kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), di ibu pejabat Mforce yang beroperasi di Valdor, Pulau Pinang.

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.