RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 28 April 2022

Pemilihan Pelumba Untuk Kejuaraan TVS Asia One-Make Selesai

TVS Racing telah memilih seramai lapan orang pelumba dari negara Asia untuk menyertai TVS Asia One-Make Championship yang akan berlangsung bersama FIM Asia Road Racing Championship 2022 (ARRC) di litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 28hb & 29hb Mei 2022.

Para pelumba dari Malaysia, Thailand, Indonesia, Singapura, Jepun dan Filipina akan memulakan saingan dengan menunggang jentera TVS Apache RR310 keluaran syarikat dari India, TVS Motor yang akan mengambil bahagian dalam pusingan 2 ARRC akan datang.

“Kami menumpukan One-Make dengan membenarkan pengubahsuaian jentera untuk maklum balas penting dalam kemajuan serta pembangunan jentera,” kata Pengurus Pasukan TVS Racing, kata B Selvaraj.

“Kriteria pemilihan pelumba juga amat penting untuk melihat pengalaman pelumba. Selain itu, kami juga mengambil kira kebolehan dan keserasian penunggang dengan jentera,” tambah beliau.

TVS Asia One-Make Championship bertujuan mencari bakat baharu di rantau Asia serta membuka laluan dalam pembangunan industri sukan permotoran di negara-negara ini. Kejohanan tersebut juga merupakan platform untuk mempamerkan kualiti dan kapasiti jentera dalam bidang perlumbaan.

Nama-nama pelumba yang dipilih untuk menyertai TVS Asia One-Make Championship akan diumumkan tidak lama lagi. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.