RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 29 Mei 2022

Nombor 46 Kekal Milik Rossi Selamanya

Hanya ada satu sahaja nombor 46! Penganjur MotoGP, Dorna Sports telah mengumumkan untuk ‘bersarakan’ penggunaan nombor ikonik 46 yang digunakan oleh pelumba lagenda Valentino Rossi dalam mana-mana acara kejuaraan Dunia MotoGP.

Jorge Viegas -kiri- & Carmelo Ezpeleta -kanan- menyampaikan trofi bernombor 46 kepada Valentino Rossi.
Jorge Viegas -kiri- & Carmelo Ezpeleta -kanan- menyampaikan trofi bernombor 46 kepada Valentino Rossi.
Hanya ada satu sahaja nombor 46!
Hanya ada satu sahaja nombor 46!

Ini bermakna nombor tersebut tidak boleh lagi digunakan oleh mana-mana pelumba pada masa akan datang bermula di Grand Prix Itali. Keputusan ini dibuat sebagai tanda penghormatan buat 'The Doctor' yang telah memberikan sumbangan dalam sukan permotoran antarabangsa.

Dua ikon... satu nombor, satu lagenda.
Dua ikon... satu nombor, satu lagenda.

Sebelum sesi kelayakan bermula di GP Itali di litar Mugello, majlis pengiktirafan tersebut telah disempurnakan oleh Presiden FIM, Jorge Viegas dan Ketua Pegawai Eksekutif Dorna, Carmelo Ezpeleta dengan menghadiahkan sebuah trofi istimewa bernombor 46 kepada Valentino Rossi yang turut hadir.

Rossi merikan bersama pasukan Mooney VR46.
Rossi merikan bersama pasukan Mooney VR46.

Valentino Rossi atau ‘The Doctor’ bergelar juara dunia sebanyak Sembilan kali dengan mencatatkan 115 kemenangan dan 235 podium dalam semua kelas saingan MotoGP  yang mengumpulkan jutaan peminat di seluruh dunia. Beliau telah mengumumkan persaraannya pada penghujung tahun 2021. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.