RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 19 Julai 2022

Damok Naik Podium Lagi! Jalur Gemilang Berkibar di Portugal.

Tahniah Damok! Ini merupakan kejayaan ketiga buat pelumba JuniorGP negara, Syarifuddin Azman (Damok) berdiri megah di atas podium sebagai naib juara dan kemenangannya kali ini diraih dalam perlumbaan yang diadakan di Litar Autodromo Algarve baru-baru ini.

Damok sebelum ini telah pun membuktikan kemampuannya apabila berjaya menduduki tempat kedua sebanyak dua kali dalam saingan di Litar Catalunya pada bulan Jun yang lalu. Dalam usahanya untuk terus memberi cabaran, Damok telah mula mendapat rentak sejak di peringkat kelayakan.

Dari kedudukan P2 dalam Sesi Kelayakan 1, Damok terus memecut meninggalkan para pesaing lain untuk menyempurnakan sesi seterusnya sebagai pelumba kedua terpantas dengan catatan masa 1:48.271s manakala pelumba di posisi pole iaitu Andrian Cruces mencatatkan masa 1:48.182s.

Dalam perlumbaan akhir, pelumba Sepanyol Jose Rueda bermula dengan cukup sempurna. Dari petak ke-6, Rueda berjaya memimpin perlumba hanya dalam jangka masa yang singkat. Damok juga antara pelumba yang berada di dalam kelompok utama yang sememangnya cukup sengit. Pertarungan yang dijalankan sebanyak 16 lap itu akhirnya telah dimenangi oleh Jose Rueda dengan kelebihan sejauh 6.551s di hadapan.

Damok berjaya menafikan setiap serangan untuk kekalkan posisinya di tempat kedua sehingga menerima kibaran bendera penamat dan membawa pulang 20 mata yang sangat berharga. Damok kini berada di tangga kedua carta keseluruhan dengan 97 mata, agak jauh berbanding Jose Rueda yang cukup konsisten dengan 178 mata.

Apa pun, tahniah kerana mengibarkan Jalur Gemilang sekali lagi dan semoga terus berjaya dalam perlumbaan seterusnya. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.