RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 21 Julai 2022

Alex Rins Sah Sertai Pasukan LCR Honda Castrol

Pasukan LCR Honda CASTROL dengan sukacitanya mengumumkan pemeteraian kontrak bersama pelumba dari Sepanyol iaitu Álex Rins untuk tempoh dua tahun dengan Honda Racing Corporation. Pelumba yang berusia 26 tahun dari Barcelona itu telah membuktikan dirinya sebagai pesaing yang konsisten dan cemerlang dalam kelas perdana, MotoGP. Rins telah membuktikan keupayaannya dengan meraih tangga ketiga keseluruhan dalam kategori MotoGP 2020.

Alex Rins 'kiri' bersama Pengurus Pasukan LCR Honda Castrol, Lucio Cecchinello.
Alex Rins 'kiri' bersama Pengurus Pasukan LCR Honda Castrol, Lucio Cecchinello.

Alex Rins membuat penampilan sulungnya pada 2012 bersama Honda dalam kategori Moto3. Rins telah menunjukkan prestasi yang cukup mengagumkan dalam Moto2 dan kemudian di kelas pertengahan tidak lama kemudian. Pelumba berbakat ini akhirnya diberi peluang untuk naik ke kelas perdana pada 2017.

Alex Rins telah mencipta 15 kemenangan, termasuk tiga kemenangan di saingan MotoGP, 55 kedudukan podium dengan kejayaan sebanyak 15 kali dalam kelas MotoGP. Rins pastinya akan berkongiskan serta menggunakan segala pengalamannya bersama HRC dan Pasukan LCR Honda CASTROL.

Alex Rins memenangi perlumbaan MotoGP di Litar Americas pada tahun 2019.
Alex Rins memenangi perlumbaan MotoGP di Litar Americas pada tahun 2019.
Prestasinya bersama pasukan Suzuki cukup konsisten.
Prestasinya bersama pasukan Suzuki cukup konsisten.

“Saya sangat gembira dapat menyertai Pasukan LCR Honda. Menukar pasukan dan jentera adalah satu cabaran tetapi saya bersedia untuk memberikan 100% dan mempraktikkan semua yang saya pelajari sepanjang tempoha saya dalam kelas MotoGP. Kepercayaan Lucio dan Honda sangat penting bagi saya dalam membuat keputusan untuk menyahut cabaran ini. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka atas peluang ini,” Alex Rins. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.